Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Kisah untuk kita agar sentiasa beringat

Imej
Bumi milik Allah, di mana kita? Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi'ah. Ia meminta nasihat kepada Ibrahim agar dia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Dia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku nasihat dan cara yang terbaik untuk menghentikannya!" Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang ku berikan, Maka kau boleh melakukan maksiat."Tentu saja dengan penuh rasa keinginan nak tahu . Jahdar kembali bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?" SYARAT PERTAMA: Jika engkau melaksanakan atau melakukan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan Rezeki Allah," ucap Ibrahim. Mendengar itu Jahdar mengerutkan dahinya lalu berkata, "Lalu dari mana aku mahu makan? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?" "

Dimensi Kesenian Islam II

Imej
Klik imej untuk besarkan ISIUKM dgn kerjasama NasyidFM Entertainment dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Konsert Dimensi Kesenian Islam. Maklumat mengenai konsert adalah seperti di bawah :- Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia ( DECTAR UKM ) Tarikh : 21 March 2009 / 24 Rabiul Awal 1430Hijrah Masa : 8 Malam Tiket : RM 6 Artis : Devotees, Far East, Inteam, Nice Slogan : Keamanan Sejagat Konsert ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana yang akan disumbangkan kepada saudara seislam di Gaza, palestin. Untuk pertanyaan lanjut dan untuk tempahan tiket anda boleh menghubungi : Fikhry : ( 019 367 1003 ) Fauzana : ( 019 366 1089 ) Sebarang Sumbangan Untuk Tabung Gaza Palestin Boleh dibuat melalui : Bank Islam : 12029010047880 Maybank : 562263010787

Lirik budak sekolah

Bagi ustaz dan ustazah kat sekolah rendah dan menengah, bulan februari merupakan masa untuk mereka melatih dan membimbing anak-anak murid untuk persiapan menjelang tibanya Majlis Tadarus AlQuran (MTQ) Sekolah-sekolah. So, ramailah yang nak mencari lagu & lirik nasyid yang sesuai dan bertepatan dengan tema. Saya pun tak ketinggalan menerima "tempahan" membuat lagu dan lirik untuk budak-budak sekolah. Setelah memerah idea, siaplah lagu ala-ala padang pasir yang tak seberapa. Lagu ini saya bagi kat beberapa sekolah. Lagu sama untuk sekolah dari negeri berbeza. Oklah tu. hehehe.. Intro Di ufuk harapan terbitnya sinar Terbias kemilaunya menghapus gentar Siaga menggapai bebintang cerlang Semangat membina ummah gemilang.. Chorus Cahaya hidayah kurniaan yang Esa Nikmat tertinggi tiada taranya Menyemai iman menyulam taqwa Terbina akidah utuh perkasa Akidah tunjang pembentuk jati diri Membina modal insan yang berkualiti Duniawi ukhrawi cemerlang

Devotees di Pancaindera Mingguan Malaysia 15 Februari 2009

Imej
Alhamdulillah, setelah menanti selama seminggu, akhirnya keluar jugak cerita Devotees kat Pancaindera Mingguan Malaysia edisi 15 Februari 2009. Ada jugak la publisiti Devotees untuk awal 2009 ni. Thanx a lot to abg syed mussaddad for publishing the story. Click image to enlarge

The Road Not Taken

Imej
Suddenly this poem passed by my mind. I've learnt this poem few years ago when I was in Form 5 (if I'm not mistaken). This poem is very meaningful for me at this crucial moment. It was written by Robert Frost. Ponder it.. THE ROAD NOT TAKEN (Robert Frost) Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear; Though as for that the passing there Had worn them really about the same, And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if I should ever come back. I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I— I took the one less traveled by, And that has made all t

Antara Dua Jalan

Imej
antara dua jalan ada ketikanya keliru itu datang kerana dihadapan ada dua jalan mana menjadi pilihan antara dua jalan kiri atau kanan sukar ditentukan andai langkah kaki ke jalan yang kiri di hadapan belum pasti apa yang menanti andai langkah ke kanan masih samar arah tujuan tak tahu ke mana haluan kabur tak terbayangkan antara dua jalan pilihlah...

Konsert Amal Manis V UKM

Imej
InsyaAllah Konsert Amal Manis V sempena Dimensi Kesenian Islam II akan diadakan di Dectar, UKM Bangi pada 21 Mac 2009 nanti. Bakal menampilkan empat kumpulan nasyid tanah air; Inteam, Fareast, Devotees dan Nice, persembahan yang bertemakan "Keamanan Sejagat" pasti akan memberi kelainan buat peminat-peminat nasyid. Konsert ini merupakan kesinambungan Manis I, II, III dan IV yang pernah dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) sebelum ini. Jangan lupa dapatkan tiket anda untuk menyaksikan Konsert istimewa ini. Sambil berhibur anda juga boleh menderma kepada saudara-saudara kita di Palestin. Maklumat lanjut dan terkini sila lawati http://dki2isiukm.blogspot.com. Jumpa saya dan Devotees di KONSERT AMAL MANIS V NANTI!! =)