Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Pembuka Bicara; bermula episod baru

Imej
Bismillahirrahmanirrahim..... Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt yang tidak putus-putus mencurahkan nikmatNya yang tidak bertepi. Salam sejahtera ke atas penghulu segala nabi dan rasul, Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat baginda. Esok tahun baru. 2009. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu yang baru. Lembaran baru. Azam baru. Target baru. Semuanya ingin diperbaharui. Barangkali saya juga dibawa arus pemikiran yang sama. Mahu yang baru untuk tahun yang baru lantaran tahun islam juga baru membuka tirainya. Blogging will be a new part of my life in 2009 . Ayat itu terdetik dalam minda bila saya memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk tahun baru. Selama ini hanya membaca dan melayari sekalian blog-blog yang ada di ruang maya. Apa kata saya mencuba untuk menulis pula walaupun tahap penulisan saya mungkin hanya di tahap Karangan BM untuk PMR (Sudah lama tak menulis karangan). Tapi apa salahnya mencuba dan berlatih. Orang putih kata "