Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Alhamdulillah!

Imej
Alhamdulillah 23.06.2010 Thank you Allah for giving me this beautiful time to ponder the journey of my life Thank you Allah for everything You have given to me Thank you Allah for showering me with your greatest love Thank you Allah for providing me the light, showing me the right path Thank you Allah for giving me the strength to go on Grant me the strength to live in your way and die in your way.. Ameen..

Gold Coast Trip Day 2

29 Mei 2010 Sejak subuh hujan turun mencurah-curah. Sejuk betul pagi tu. Terasa nikmatnya bila berkubung dalam selimut yang tebal. Pukul 7.00 pagi kami bersarapan pagi dengan roti dan teh panas sambil menunggu-nunggu hujan reda. Pukul 8.00.. Pukul 9.00.. Pukul 10.00.. Hujan masih lagi turun. Sudah  3 jam kami terperap di ruang tamu apartment sampai tertidur. Kira-kira pukul 11 pagi barulah hujan reda sedikit. Kami mengambil keputusan untuk meredah hujan untuk ke Chevron Renaissance di Surfers Paradise. Asalnya kami ingin ke Q1, menara tertinggi di Gold Coast. Tapi oleh kerana hujan kami menukar plan ke Infinity, sebuah tarikan pelancong yang terletak di pusat membeli-belah Chevron Renaissance. Setelah membeli tiket yang berharga AUD$24.90, kami pun bersiap-siap untuk masuk ke alam fantasi dan cahaya di Infinity. Kami diminta untuk memakai sarung tangan dan kasut yang bercahaya dalam gelap. Pengembaraan dalam infinity sangat mengujakan. Full of surprise! Di dalamnya terdapat bilik-bil

Gold Coast Trip : Day 1

Imej
Alhamdulillah pada 28 Mei hingga 1 Jun yang lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki di bumi Kanggaru, Australia setelah beberapa bulan sejak tahun lepas merancang percutian ke sana. Di sini saya coretkan pengalaman sepanjang percutian saya di sana. Satu percutian yang amat menyeronokkan dan takkan dilupa sampai bila-bila! Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin melancong ke sana. 27 Mei 2010  Tepat pukul 5 petang, saya mengetik punchcard untuk keluar dari office. Kerja pada hari tu memang serba tak kena. Badan di office tapi fikiran melayang ke Australia. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi yang sinonim dengan kanggaru dan koala itu. Saya terus memandu balik ke rumah untuk bersiap-siap ke LCCT. Beg dan barang-barang lain semuanya sudah siap dipacking semalam. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Sempat juga buat checking buat kali terakhir. Pukul 6.30 terus bertolak ke LCCT dihantar oleh adik yang kerja di Putrajaya. Penerbangan dijadual akan berlepas pada

KSQ 2010

Imej