Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Ramadhan..Tiba masanya..

Imej
Assalamualaikum wbt. Maaf kerana membiarkan laman ini sepi sekian lama. Tak sangka pula follower dah mencecah 110 orang. Terima kasih atas sokongan. Apa pun, kita telah tiba di bulan yang amat dinanti, Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan 1431h. Selamat mengutip segala butir-butir hikmah yang terkandung di dalamnya. Selamat beribadah dengan penuh rasa kehambaan. Moga tarbiyah Ramadhan menjadikan kita hambaNya yang lebih dekat dan taat kepadaNya. InsyaAllah. Doakan agar kita semua diberi kekuatan dan keizinan untuk menempuhi Ramadhan hingga ke titik hujungnya. Ameen.. "Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahm