Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Kembara Qurban 2010 : Siem Reap-Phnom Penh Part II

Imej
Hari Kedua (16.11.2010) Usai bersiap-siap dan bersarapan nasi lemak & roti canai, kami bertolak ke destinasi yang paling dinanti-nantikan di Siem Reap ini, pastinya tapak bersejarah Angkor Wat. Tak sabar nak melihat dengan mata sendiri tinggalan artifak yang pernah dicalonkan sebagai antara keajaiban dunia itu. Sedikit latar belakang mengenai Angkor Wat. Ia merupakan kompleks keagamaan yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada awal kurun ke 12. Bermakna usia Angkor Wat sudah mencecah kira-kira 800 tahun. Ia dibina berasaskan seni bina Khmer yang cukup kompleks dan proses pembinaannya dikatakan mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Angkor Wat adalah bahasa Khmer yang bermaksud "Kota Kuil". Terletak di kawasan yang dipanggil Angkor yang tidak jauh dari bandar Siem Reap. Wah, dah macam cikgu sejarah pulak. Kaunter tiket Angkor Wat Setibanya di kaunter tiket, kami diarahkan untuk turun daripada bas untuk diambil gambar. Setiap pelawat yang ingin memasuki kawasan Angkor Wat d

Kembara Qurban 2010: Siem Reap-Phnom Penh Part I

Imej
Alhamdulillah. Sekali lagi Devotees berpeluang menjejakkan kaki di Kemboja untuk kali yang ketiga. Kali ini lebih meriah dengan kehadiran Abon, Mu'adz, Hafiedz Udu, Ustaz Erwan IKIM.FM serta peserta-peserta Kembara Qurban. Terima kasih kepada EZ Qurban, terutamanya Ustaz Azhar & Puan Nor'adzimah yang sudi menaja kami ke sana. Juga kepada urusetia Kembara especially Sarah & Siti Noor Syazwana. InsyaAllah di ruang ini saya akan coretkan pengalaman kami sepanjang berada di sana untuk perkongsian bersama. Hari Pertama (15.11.2010) Bangun seawal pukul 2.00 pagi dan bersiap-siap untuk kali terakhir. Bertolak pukul 3.00 pagi ke LCCT bersama ayah, dan 2 orang adik Syarah & Safura yang turut sama ke Kemboja. Sampai di LCCT kira-kira pukul 3.30 pagi. Urusetia sudah setia menanti di food court untuk pendaftaran para peserta. Kelihatan ramai juga peserta yang sudah tiba. Devotees yang lain belum kelihatan. Khabarnya kereta yang dinaiki tayarnya pancit. Berat sangat kot haha. M

Kembara Korban 2010

Imej
InsyaAllah, buat kali yang ketiga sempena Aidil Adha, Devotees akan ke Kemboja lagi. Kali ini lebih menarik, lebih meriah dan pastinya lebih nostalgik. Kembara Korban 2010 anjuran IKIMFM bersama EZ Qurban akan turut disertai Dj Erwan, Dj Maslina, Abon, Muadz & Hafiz Gendang. Terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Jom bersama kami ke sana. Maklumat lanjut layari www.ezqurban.org.

Maher Zain in Malaysia!

Imej
Setelah lama tak meng'update' blog ni, saya rasa teruja untuk mencoret sesuatu mengenai seorang penghibur Islam yang semakin memuncak namanya di seluruh dunia, Maher Zain  (MZ)! Alhamdulillah, MZ telah selamat tiba di Malaysia pada 4 Oktober 2010 dan bakal berdepan dengan jadual yang cukup padat sepanjang hampir 2 minggu di Malaysia. Paling dinanti adalah showcase MZ di Auditorium MBSA yang akan dilangsungkan pada 14-15 Oktober 2010. InsyaAllah saya akan hadir pada 15 Oktober. Tak sabar rasanya. Baru sahaja mendengar interview eksklusif MZ di IKIM fm sebentar tadi. MashaAllah, rasa sangat kagum dengan perjalanan hidup dan perjalanan seni MZ. Very inspiring. Saya merasakan ramai peminat-peminat MZ di luar sana yang turut berasa sedemikian. Saya teruja untuk mengulas sedikit mengenai MZ berdasarkan pandangan saya mengapa lagu-lagu beliau sangat diminati dan nama beliau begitu pantas meniti di bibir peminat di seluruh dunia.      My views: Lagu-lagu dalam album Thank You Allah di

Aidilfitri tiba lagi!

Imej
Salam Aidilfitri untuk semua sahabat. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayrr. Semoga berbahagia di hari yang mulia. Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan. Semoga ukhuwah diberkatiNya!

Ramadhan..Tiba masanya..

Imej
Assalamualaikum wbt. Maaf kerana membiarkan laman ini sepi sekian lama. Tak sangka pula follower dah mencecah 110 orang. Terima kasih atas sokongan. Apa pun, kita telah tiba di bulan yang amat dinanti, Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan 1431h. Selamat mengutip segala butir-butir hikmah yang terkandung di dalamnya. Selamat beribadah dengan penuh rasa kehambaan. Moga tarbiyah Ramadhan menjadikan kita hambaNya yang lebih dekat dan taat kepadaNya. InsyaAllah. Doakan agar kita semua diberi kekuatan dan keizinan untuk menempuhi Ramadhan hingga ke titik hujungnya. Ameen.. "Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahm

Alhamdulillah!

Imej
Alhamdulillah 23.06.2010 Thank you Allah for giving me this beautiful time to ponder the journey of my life Thank you Allah for everything You have given to me Thank you Allah for showering me with your greatest love Thank you Allah for providing me the light, showing me the right path Thank you Allah for giving me the strength to go on Grant me the strength to live in your way and die in your way.. Ameen..

Gold Coast Trip Day 2

29 Mei 2010 Sejak subuh hujan turun mencurah-curah. Sejuk betul pagi tu. Terasa nikmatnya bila berkubung dalam selimut yang tebal. Pukul 7.00 pagi kami bersarapan pagi dengan roti dan teh panas sambil menunggu-nunggu hujan reda. Pukul 8.00.. Pukul 9.00.. Pukul 10.00.. Hujan masih lagi turun. Sudah  3 jam kami terperap di ruang tamu apartment sampai tertidur. Kira-kira pukul 11 pagi barulah hujan reda sedikit. Kami mengambil keputusan untuk meredah hujan untuk ke Chevron Renaissance di Surfers Paradise. Asalnya kami ingin ke Q1, menara tertinggi di Gold Coast. Tapi oleh kerana hujan kami menukar plan ke Infinity, sebuah tarikan pelancong yang terletak di pusat membeli-belah Chevron Renaissance. Setelah membeli tiket yang berharga AUD$24.90, kami pun bersiap-siap untuk masuk ke alam fantasi dan cahaya di Infinity. Kami diminta untuk memakai sarung tangan dan kasut yang bercahaya dalam gelap. Pengembaraan dalam infinity sangat mengujakan. Full of surprise! Di dalamnya terdapat bilik-bil

Gold Coast Trip : Day 1

Imej
Alhamdulillah pada 28 Mei hingga 1 Jun yang lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki di bumi Kanggaru, Australia setelah beberapa bulan sejak tahun lepas merancang percutian ke sana. Di sini saya coretkan pengalaman sepanjang percutian saya di sana. Satu percutian yang amat menyeronokkan dan takkan dilupa sampai bila-bila! Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin melancong ke sana. 27 Mei 2010  Tepat pukul 5 petang, saya mengetik punchcard untuk keluar dari office. Kerja pada hari tu memang serba tak kena. Badan di office tapi fikiran melayang ke Australia. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi yang sinonim dengan kanggaru dan koala itu. Saya terus memandu balik ke rumah untuk bersiap-siap ke LCCT. Beg dan barang-barang lain semuanya sudah siap dipacking semalam. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Sempat juga buat checking buat kali terakhir. Pukul 6.30 terus bertolak ke LCCT dihantar oleh adik yang kerja di Putrajaya. Penerbangan dijadual akan berlepas pada

KSQ 2010

Imej

Susahnya nak berubah

Imej
Berubah. Satu perkataan yang cukup ringkas. Mudah dituturkan dengan lidah, malah mudah untuk dicanangkan strategi atau teori untuk merealisasikannya. Namun realitinya berubah itu susah dan bukan sesuatu yang mudah. Prosesnya umpama mendaki gunung yang penuh dengan halangan dan cabaran. Andai gagal mengharungi denai yang curam dan licin, pasti terjatuh semula ke gaung takuk yang lama. Dalam perjalanan hidup setiap manusia, pastinya pernah menempuh pengalaman ingin melakukan perubahan. Dari miskin kepada kaya. Dari malas kepada rajin. Dari jahat kepada baik. Macam-macam jenis perubahan yang ingin dilakukan. Hakikatnya tidak ramai yang berjaya menawan puncak perubahan yang diingini. Bacalah sebanyak mana buku motivasi untuk berubah, atau hantarlah motivator terbaik di dunia sekalipun, perubahan yang diingini tidak dijamin mencapai matlamatnya. Jadi, bagaimana untuk berubah? Tepuk dada tanya iman...

Dosa-dosa & Facebook

Imej
Satu artikel yang sangat bermanfaat oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk peringatan kita bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal! =) Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :- 1)     Mendedah keaiban suami, isteri di facebook . Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh,  ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, keret