Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Rindu kedamaian

Imej
Rindu Kedamaian Harapan kesamaran Bila warna damai kian pudar Bertebaran kata dusta Menghunjamkan nestapa Tangisan kesayuan Insan meratapi kehilangan Merintih mengharap ihsan Merindu kedamaian Ke mana hilang kasih dan sayang Meluntur rasa kemanusiaan Bila kan pergi penderitaan Tak ketemu jawapan Dan kezaliman terus rakus menggila meratah nyawa Dan kesengsaraan membarah meruntun duka Munajat pengharapan Mendamba cahaya keamanan Menyinari kehidupan Lestari rahmat Tuhan Lirik ini menggambarkan pengharapan saudara-saudara kita di bumi Palestin. InsyaAllah lagu ini akan dirakamkan oleh sebuah kumpulan nasyid. Nantikannya..

Malam minggu di Laman Santai Istana Budaya

Imej
Malam minggu 24 Januari yang lalu, Devotees diundang untuk membuat persembahan di Laman Santai Istana Budaya. Laman Santai merupakan persembahan yang diadakan setiap malam Sabtu di perkarangan Istana Budaya. Suasananya memang santai, orang ramai yang hadir boleh duduk bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati makanan yang boleh dibeli di gerai-gerai yang disediakan. Ada nasi lemak, roti nan, jus buah, roti canai, kuih-muih dan macam-macam lagi. Sambil menjamu selera orang ramai boleh menonton persembahan artis-artis yang diundang. santai di laman santai my dinner at laman santai Malam itu Devotees hanya bertiga; saya, halim dan adi sahaja. Shauqi tak dapat hadir kerana ada urusan di kampung. Devotees mempersembahkan lagu Harapan bersama Bro. Salleh sempena mengingati keadaan di Palestin. Lagu kedua yang disampaikan ialah Lament. Saja nak merancakkan suasana malam. Walaupun ada ketikanya hujan turun seketika, namun penonton masih tidak berganjak untuk menonton persembahan. Amar

Where to get cool layout?

I'm still looking for the best layout for my blog. Anyone who knows where can I get a cool layout, please let me know ok. Thanks!

Bingkisan kenangan di bumi Kemboja II

Imej
Hari ni baru berkesempatan untuk menyambung cerita di Kemboja. Almaklumlah, kerja banyak sikit. Ok kita sambung cerita ye. 11 Disember 2008 Pagi yang cerah. Bangun dari tidur ingat nak pegi join orang senam poco-poco kat dataran. Tapi semua macam nak tak nak je. So tak jadi la nak pegi. Masing-masing pun malas nak bangun dari katil. Sedap kot tidur kat Kemboja ni. Hehe. Lepas mandi dan bersiap-siap, kami terus menaiki coaster ke sebuah perkampungan Islam di seberang sungai Tonle Sap. Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam dari bandar Phnom Penh. Sepanjang perjalanan, kami dapat saksikan pemandangan yang menghijau dan pelbagai bentuk bangunan kuil buddha yang unik (kuil buddha adalah trademark kemboja). Juga dapat disaksikan orang-orang kampung keluar mencari rezeki dan suasana rakyat Kemboja menjalani kehidupan seharian. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di sebuah gerai tepi jalan yang menjual sejenis buah (tak ingat la buah ape..is it delima?). Yang penting buah tu first

Bingkisan kenangan di bumi Kemboja I

Imej
Sedar tak sedar sudah sebulan rupanya berlalu pengalaman saya menjejakkan kaki di Kemboja. Baru sekarang tangan ini mahu mencoretkan bingkisan sepanjang berada di sana. Saya ke sana bersama sahabat-sahabat Devotees atas undangan daripada Ez Qurban untuk membuat persembahan sempena Aidiladha untuk masyarakat Islam Kemboja. Ini adalah pengalaman kedua saya ke sana selepas menyertai Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja ISIUKM Mei lalu. Berikut sedikit catatan pengalaman saya untuk dikongsikan sepanjang berada di sana (walaupun mungkin dah expired hehe). 10 Disember 2008 Sepatutnya rombongan berlepas ke Kemboja 9 Disember. Tapi oleh kerana saya ada urusan kerjaya di Putrajaya, terpaksalah postponed sehari. So hari ni barulah dapat berlepas ke sana seorang diri (huhu kesiannye..). Lepas habis urusan kira-kira pukul 11 pagi, saya terus memandu Kenari silver saya ke LCCT Sepang. Lepas fikir panjang, saya nekad nak park je kereta kat LCCT. Sampai di sana, pusing-pusing sekitar LCCT mencari par

Bom! Bom! Bom! Kedebom!

Di Gaza banyak bom Bom sana bom sini Hari-hari dengar bunyi bom Hari-hari ada letupan bom Rumah kena bom Sekolah kena bom Kereta kena bom Hospital kena bom Orang pun kena bom! Banyak mati kena bom Banyak luka kena bom Banyak duka kerana bom Banyak kebulur angkara bom Tengah makan takut dibom Tika tidur takut dibom Sedang jaga takut dibom Tiap saat takut dibom Yang bom itu sudah gila Tiada lagi jiwa manusia Bom jadi mainan suka Untuk bagi Gaza derita Di sini bom tak ada Hanya roti bom yang ada Syukur masih aman sentosa Tolonglah doa pada mereka Moga musnah dibom laskar rejim Dengan bom para mujahidin Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim Moga aman negeri Palestin Amin Ya Rabbal Alamin....

Catatan bbq yang manis!

Imej
Semalam baru berbbq dengan member2 seofis. Maklumlah semalam hari cuti untuk company saya. 1 Januari tak cuti, saja HR tukar cuti ke 2 Januari. Kira cuti lama sikit la, 3 hari. Dah tau nak cuti panjang, kawan-kawan pun merancang apa aktiviti yang hendak dibuat. Macam-macam cadangan yang keluar. Akhirnya semua sepakat nak buat bbq. Hmm best jugak. Kami pun berbincang apa keperluan yang perlu disediakan. Dan saya ditugaskan untuk sediakan perapan ayam. O ooh no problem . Fikiran saya terus teringat kepak panggang Sabah (orang Sabah panggil 'sayap'). Memang sedap. Kalau nak rasa datanglah ke Sabah. Resepi nak buat perapan ayam tu dah ingat-ingat lupa. Apalagi, senang je. Terus call mak tanya resepi. Memang time kat Sabah dulu kami sefamili selalu buat bbq tepi sungai Nalapak atau di Taman Kinabalu time cuti-cuti sekolah. Teringat pula kenangan dulu-dulu huhu. Lepas dapat resepi dari mak, terus saja ke Giant dengan kawan-kawan untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan. Resepinya

Rintihan Gaza, Ratapan jiwa mukmin

Imej
Saat ini bumi Palestin terus bermandi darah. Tika ramai manusia berpesta menyambut ketibaan tahun baru dengan percikan bunga api dan tawa ceria, warga Palestin menyambutnya dengan letupan bom roket di sini sana bersama ratapan dan tangisan. Laskar durjana Israel terus menggila merobek bumi Gaza tanpa sedikitpun belas ihsan. Bagi mereka nyawa itu tiada harga. Sehingga kini sekurang-kurangnya 400 nyawa telah terkorban dan kira-kira 2000 telah tercedera dalam serangan yang telah memasuki hari ketujuh. Di suatu penjuru Gaza di pagi yang hening, kerakusan Israel sudah tiada kenal perikemanusiaan. 5 orang kanak-kanak perempuan yang tinggal berhampiran masjid terbunuh dek bom roket zionis yang tiada bermata. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga mereka ditempatkan bersama para syuhada'. Itu hanya satu kisah kekejaman rejim zionis di bumi anbiya' itu yang tidak diketahui bilakah tiba penghujungnya. Kediaman dan bangunan musnah, bantuan ubat-ubatan dan makanan disekat, sekolah