Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Menjadi 'cikgu'

Imej
Akhirnya saya merasa juga dipanggil 'cikgu'. Bila dipanggil cikgu rasa cukup dihormati. It's an honour for me to be called so . Tapi saya dipanggil 'cikgu' bukanlah kerana mengajar murid-murid sekolah, tapi mengajar staf-staf untuk pertandingan nasyid. Hehe.. Saya dipelawa untuk mengajar staf-staf di Pejabat Perdana Menteri selama lebih kurang sebulan sebagai persediaan untuk menyertai Festival Nasyid Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010. Ada dua kumpulan yang perlu dilatih; kumpulan lelaki (Al-Wahid) dan kumpulan wanita (Soutul Jannah). Semua mereka memanggil saya 'cikgu'. Rasa kelakar jugak, tapi depa yang nak panggil saya macam tu. Takpelah, it's ok . Setiap petang selepas waktu pejabat, saya akan ke Pejabat Perdana Menteri (yang kubah hijau tu) untuk sesi latihan. Rasanya polis yang jaga guardhouse tu dah kenal dah muka ni. Mula-mula dia tanya jugak nak pegi mana, lama-lama dah tak tanya dah. Bagi terus je kad pas masuk. Saya memberi kedua-d

Salam..salam

Imej
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Saya kena mulakan dengan salam sebab dah lama tak update blog ni. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang sudi menjadi follower or just reader kerana 'kesepian' yang melanda blog ni. Mungkin kerana hambatan masa dan mungkin juga kerana kemalasan jari jemari tuan rumah blog ini yang menjadi punca. InsyaAllah lepas ni saya akan cuba untuk lebih kerap meng'update' blog ini dengan pelbagai pengisian. Untuk kali ini, tidak ada apa yang saya ingin coretkan. Cuma nak berkongsi gambar-gambar aktiviti Devotees sekitar bulan Februari-Mac 2010. Alhamdulillah, Devotees is still there. Masih lagi menerima undangan untuk persembahan di merata tempat. Terima kasih kepada semua yang masih mengingati dan menyokong kami. InsyaAllah ketika ini kami berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan buah tangan terbaru yang telah lama dinanti-nantikan. Doakan yang terbaik untuk kami. Syukran! Lepas Konsert Gema Belia Tumpat dengan UNIQUE. Tak sempat a