Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Dua.Puluh.Enam

Imej
23 Jun 1985-23 Jun 2011. Alhamdulillah. Kurafa'kan setinggi-tinggi puji dan syukur hanya kepada Allah swt kerana masih memberi ruang untuk bernafas di bumiNya hingga ke usia 26 tahun. Infiniti nikmat yang telah dikurniakanNya. Untuk membalasnya, itu sangat mustahil. Cuma mampu berdoa agar diri sentiasa tetap dalam agamaNya, patuh segala perintahNya, jauhi segala laranganNya, berusaha menebar syiarNya yang agung, dan beriltizam menjadi hambaNya yang terbaik. Ameen.. Hari lahir pada tahun ini cukup istimewa. Ramai yang menghulur ucapan dan mengirim doa. Terasa diri dihargai. Ada sahabat-sahabat yang bersusah-payah meraikannya setelah sekian lama hari lahir tanpa keraian yang seumpama. Sangat terharu. Dan tahun ini mencatatkan rekod hadiah terbanyak. Sangat dihargai. Yang terpenting doa yang terbaik buat diri ini menempuh hari-hari mendatang yang cerah dan indah hendaknya. InsyaAllah. Jutaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan baru, pemina