Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMBARA

Summer in Seoul Part IV

Imej
Hari Kelima [4 Julai 2011] Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik seperti yang diramalkan. Destinasi hari ini semestinya lokasi yang terkenal dengan drama Winter Sonata, Nami Island! Perjalanan hari ini agak jauh sebab Nami Island bukan di dalam area Seoul, tapi terletak di  Gyeonggi   province. Dari Sinchon kami menaiki tren ke stesen Wangsimni, lepas tu tukar  Jungang line untuk ke stesen Mangu. Di stesen Mangu tukar lagi line Chuncheon untuk ke Gapyeong. Gapyeong ni adalah sebuah daerah countryside yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Di area Gapyeong lah inilah Nami Island terletak. Perjalanan sepanjang ke Gapyeong dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah. Bukit bukau yang menghijau & sungai yang mengalir tenang memberi santapan mata yang memukau pandangan, mengingati pada kekuasaanNya.  Dalam tren ke Gapyeong Tiba di stesen Gapyeong, kami menaiki bas untuk ke jeti Nami Island. Sampai di jeti, kami menaiki feri yang diberi n...

Summer in Seoul Part II

Imej
Hari Kedua [1 Julai 2011] Bermula pengembaraan di Seoul, kota yang diidam-idamkan oleh para peminat K-Pop dan drama2 Korea. Tapi, saya bukanlah termasuk dalam golongan tersebut ye. Yang saya kenal hanyalah Rain (sebab ada iklan syampu) dan Siwon (sebab pernah tertengok cite dia berlakon).  Kalau lagu, tau lagu 'nobody' je sebab selalu keluar kat radio. Yang lain-lain i really have no idea on them. Oklah, straight to the point, kembara kami bermula dengan perjalanan menaiki tren Seoul Metro dari stesen Sinchon menuju ke stesen Euljiro samga. Destinasi yang ditujui ialah Changdeokgung Palace, sebuah istana lama di tengah-tengah metropolitan Seoul.  Tempat menunggu tren Sampai di stesen Euljiro samga, kami berjalan kaki kira-kira 400 meter untuk ke destinasi yang dituju. Setelah membeli tiket berharga W3000, kami terus masuk meneroka tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO itu. Pemandangan di sekitar kawasan istana lama itu memang cantik, dihiasi dengan pokok-...

Summer in Seoul Part I

Imej
Alhamdulillah, 30 Jun hingga 5 Julai lepas saya berpeluang menjejakkan kaki ke sebuah lagi negara yang memang terkenal dengan jenama Samsung, LG, Kia dan Hyundai. Negara apa? Semestinya Korea Selatan. Percutian kali ini memang best walaupun dalam cuaca yang agak panas dan lebih kurang sama seperti Malaysia. Kembara kali ini bersama dengan kawan-kawan seramai 4 orang termasuk Adi Akmal. InsyaAllah di sini saya akan kongsikan pengalaman sepanjang berada di sana.  Hari Pertama [30.06.2011] D7 2862 flying Penerbangan Air Asia X berlepas dari LCCT pada kira-kira pukul 2.00 petang menuju ke Incheon International Airport. Penerbangan mengambil masa 6 setengah jam. Tiada apa-apa yang dibuat sepanjang dalam flight selain bermain scrabble dan monopoly dalam iPad Adi. Flight selamat mendarat di bumi Korea kira-kira pukul 9.20 malam waktu Korea. Waktu di sana sejam lebih awal dari waktu Malaysia. Setelah selesai urusan imigresen, bagasi dan kastam, kami terus keluar dari balai ke...