Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Dapat saguhati pertandingan pantun jawi

Hari tu try masuk pertandingan mengarang pantun jawi anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Ternampak iklan kat dalam paper. Saja nak try walaupun dah lama tak buat pantun2 ni. Dulu ada la jugak berpantun time sekolah dulu2. Sekarang ni nak cari idea pun termenung jugak lah. Pertandingan ni tutup 30 November 2012 hari tu. Tapi tak tau la ramai ke tak yang masuk, sebab submit pun guna email je. Tup2 dapat call dari PNM, "Anda salah seorang pemenang saguhati" hehe. A lhamdulillah ok la tu, rezeki. G ood try. Jom baca pantun2 yang saya buat. Tema pertandingan ni "Tulisan Jawi citra Keunggulan Budaya Melayu". Tengok korang boleh baca tak dalam jawi hehe.  ١ لابوه سمڤن تڤين موارا   سهارين منجالا ايكن دوري ايوه وطن ڤنچينتا بڠسا مرتبتكن سمولا توليسن جاوي ٢ تريق منتاري كناڠا لايو   تومبوه ملاتا ميره كونتومڽ توليسن جاوي ڤوساك ملايو واريثن برهرڬ تيڠڬي نيلايڽ ٣ ڤوهونن جاتي تومبوه منيڠڬي تمڤت ڤرماءينن سي انق دارا توليسن جاوي لمبڠ جاتي ديري

Bom bom kedebom! (Titipan buat Gaza)

Imej
Di Gaza banyak bom Bom sana bom sini Hari-hari dengar bunyi bom Hari-hari ada letupan bom Rumah kena bom Sekolah kena bom Kereta kena bom Hospital kena bom Orang pun kena bom! Banyak mati kena bom Banyak luka kena bom Banyak duka kerana bom Banyak kebulur angkara bom Tengah makan takut dibom Tika tidur takut dibom Sedang jaga takut dibom Tiap saat takut dibom Yang bom itu sudah gila Tiada lagi jiwa manusia Bom jadi mainan suka Untuk bagi Gaza derita Di sini bom tak ada Hanya roti bom yang ada Syukur masih aman sentosa Tolonglah doa pada mereka Moga musnah dibom laskar rejim Dengan bom para mujahidin Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim Moga aman negeri Palestin Amin Ya Rabbal Alamin.... mmt: Let's pray and donate for Gaza! Boycott Israel!!

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri III (Western & Chinese Muslim Food)

Imej
Assalamualaikum semua! Ok kita terus sambung part III. Kali ni tengok pulak kat mana tempat makan best untuk makanan western dan makanan cina muslim di Bandar Baru Bangi. Boleh la jadi pilihan kalau datang ke sini. Tapi kali ni tulis simple2 je ye hehe (malas la tu). Ok straight to the point, let's check it out! Pilihan untuk makanan western: Red Card Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB  Pilihan no. 1 saya setakat ini untuk western foo d. Pelbagai pilihan pasta yang confirm tidak mengecewakan. Kalau teringin nak makan spaghetti mesti pegi sini. Steak & grill pun sedap. Suasana cosy dan sesuai untuk seisi keluarga. Yummy pasta at Red Card Cafe Austin Steakhouse - No. 55GF, Jln Kajang Impian 2/1, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB Pelbagai jenis steak dengan harga yang amat berpatutan. Rasa pun sedap. Yang menarik di sini ialah pilihan jus buah yang fresh, gelas besar dan murah. Dekorasi ala-ala koboi. Wadihana Islamic Steakhouse - Jln

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri II (Makan Malam)

Imej
Assalamualaikum semua! Tak sangka post pasal makan yang lepas banyak view, ok sambung Part II pulak. Kali ni kita tengok mana tempat makan yang best sekitar Bangi time malam2 dan sesuai untuk bawa keluarga tercinta yang recommended by me. Kita mula dengan masakan goreng2 dan panas2 dulu ye. Ok check it out! Pilihan untuk makanan goreng2 & panas2 Nim's Little Island - Jalan Teratai (Sungai Ramal Dalam), Kajang  Walaupun alamat Kajang, tapi kira Bangi jugak la sebab dekat je dan still within area Bangi. Kalau mengidam tomyam yang best, saya mesti pegi kat sini, sebab kat sini ada tomyam kelapa muda yang memang special. Tomyam tu dihidang dalam kelapa muda dan kuahnya guna air kelapa muda. Memang perggh meletop! Masakan lain pun sedap2 dan satu lagi yang special kat sini ada macam2 pilihan air yang unik. Ada soda ceria, soda gembira, soda sedih pun ade. Datang la sini memang berbaloi. Cuma jalan ke sini mungkin susah sikit, tapi boleh google. Tom yam kelapa Mud

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri I (Makan Tengahari)

Imej
Assalamualaikum semua.. Lama tak update tetiba je nak update pasal makan kan. Takpe la dari takde update langsung hehe. Sebab saya pun memang suka makan2 ni walaupun dah makin kurus (perasan sket). Kali ni nak post pasal tempat2 makan yang best di area Bandar Baru Bangi (BBB), since saya dah lama duduk kat area ni sejak undergraduates kat ukm 2004-2008, pastu keje kat Melaka kejap 2008-2009, pastu balik semula ke BBB 2009 sampai la sekarang. Rasanya hampir semua tempat makan kat BBB ni saya dah try dan boleh la kalau nak bagi guide untuk siapa2 yang nak jalan-jalan cari makan kat BBB ni dan sekitarnya. Ok saya listkan tempat2 makan yang recommended ikut kategori ye. Oklah, untuk Siri I ni (siap ada siri2 lagi tu) saya listkan tempat makan yang best untuk kategori makan tengahari pilihan saya. Cekitout! Pilihan tempat untuk makan tengahari di BBB: Restoran Nasi Ulam - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9 & Jalan Reko Sentral 2 (2 branches) Banyak pilihan lauk-pa

After 3 months..

Imej
Ya Allah, lamanya tak update blog ni. Dah bersawang2 dah, habuk pun dah tebal. Kena buat housekeeping dulu. Siapa nak tolong? hehe. Maaf ye kawan-kawan especially yang follow blog yang tak seberapa ni. Tak sangka dah ada 404 followers walaupun lama tak update. Kiranya azam nak rajin update blog untuk tahun ni belum lagi kesampaian, maklumlah kemalasan lagi kuat auranya, tambah-tambah lagi sekarang ni banyak sangat medium nak berkomunikasi kan. Ada facebook, twitter, instagram etc. So apa-apa nak share lagi senang dan simple kat medium-medium tu kan. Kalau blog ni kena buat karangan, so tu yang berat sikit nak mikio apa yang nak dikarang. Bab-bab karangan ni pun dah lama tinggal kan. Apapun, moga2 apa yang ada dalam blog ni dapat dikongsi dan bermanfaat untuk semua.  "Malasnye nak update blog ni..." kata baby ;) Anyway, how's life going on? Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sihat, tenang, bahagia, gembira dan ceria. Sememangnya itulah yang kita sentiasa ha

2012: Harapan dan Impian

Imej
Rasanya masih belum terlewat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2012'! Semoga tahun baru ini membawa sinar yang lebih ceria dan bahagia untuk kita semua insyaAllah. Maaflah sebab membiarkan blog ni bersawang dan berhabuk. Ni baru nak vacum balik hehe. Biasalah bila kemalasan selalu datang menghambat walaupun pernah berazam nak update blog ni selalu. Ya Allah lemahnya diri ni nak beristiqamah. InsyaAllah azam lagi untuk rajin update blog. Doakan ya. :) Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk hidup di tahun yang baru 2012. Banyak harapan dan impian yang perlu dipenuhi sepanjang tahun ini. Antaranya: Dimurahkan rezki Dipermudahkan perancangan Devotees untuk lebih sukses Meningkatkan amal & ilmu untuk membaiki kekurangan & kelemahan diri Membanyakkan berkawan dengan orang2 soleh (termasuk suami2 soleh) Kerjaya lebih baik Dan banyak lagi..mudah-mudahan tercapai dengan izinNya... Apapun yang diazamkan, langkah pertama mesti dimulakan dengan penuh keyakin