Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Akhirnya...'Berjalan Tanpa Henti'!

Imej
Sejak album pertama Devotees dilancarkan pada tahun 2005, dari situ bermulalah perjuangan kami di arena nasyid tanah air. Selepas setahun berlalu, perancangan album kedua sudah mula menjadi agenda. Namun pelbagai dugaan, cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi. Jatuh bangun yang dilalui banyak mengajar dan mematangkan kami. Kadangkala seperti sudah kesamaran jalan yang ingin ditujui. Tapi Allah Maha Penyayang. Tahun berganti tahun, dan selepas 5 tahun tanpa album akhirnya buah tangan Devotees yang kedua dapat direalisasikan juga. 'Berjalan Tanpa Henti' judul yang cukup sinonim dengan suka duka perjalanan seni kami. Syukuuuur alhamdulillah. Jutaan terima kasih buat Ustaz Azhar dan Cik Mah dari Ez Qurban yang cukup banyak membantu. Jasa kalian tak ternilai harganya. Cover penuh simbolik sentuhan Halim Kini hanya tinggal menanti album ini diedar dan dipasarkan. Istimewanya 80% penghasilan album ini adalah hasil sentuhan Devotees sendiri dan album ini adalah sememangnya jiwa kami.