Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

8 Ogos tarikh keramat

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan, meredakan segala debaran dan merealisasikan segala harapan. Tanggal 8 Ogos 2014, di suatu petang yang tenang akhirnya saya telah selamat dinikahkan bersama pilihan hati. Seolah-olah sukar untuk dipercayai, kini diri telah bergelar 'suami'. Lantaran hati sering gusar, risau dan kabur adakah diri sudah bersedia memimpin sebuah rumahtangga yang amanahnya begitu berat sekali. Namun segala puji bahi Allah, segalanya berjalan lancar. Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tersergam indah, seluruh keluarga tercinta meraikannya dengan penuh kegembiraan. Terima kasih ya Allah atas nikmatMu. Terima kasih sayangku, Siti Noor Syazwana yang sudi menerimaku sebagai imammu. Biar berbagai dugaan dan liku-liku telah dilalui, akhirnya kini hati kita disatukan dengan rahmatNya insyaAllah. Kini bermula episod baru hidupku. Semoga Allah merahmati ikatan per