Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Sayang Sayang ♥

Imej
Assalamualaikum. Tajuk tak tahan. hehe. Sebenarnya, dah lama tak menulis tentang benda-benda yang saya suka & sayang ( pernah tulis ke sebelum ni? ). Dan kali ni saya nak berkongsi tentang apa yang saya suka kumpul. Ape ye? Jawapannya ialah tak lain dan tak bukan MAGNET PETI SEJUK atau bahasa jawanya Fridge Magnet. hehe... Hobi ni bermula bila saya membeli peti sejuk sendiri untuk rumah bujang pada tahun 2009. Sejak tu pantang pegi mana-mana mesti beli fridge magnet atau ada kawan-kawan yang nak pegi travel, mesti pesan fridge magnet. Saya paling suka fridge magnet yang ada tulisan nama satu-satu tempat dan design kat fridge magnet tu melambangkan apa yang ada kat tempat tu.  Sebab apa? Ia menunjukkan identiti suatu tempat dan kita boleh imagine keadaan suatu tempat itu hanya dengan melihat fridge magnetnya (kuat imaginasi la konon) . Best kan? Kat dunia ni kan banyak benua, dalam satu-satu benua banyak negara, dalam negara banyak negeri dan wilayah, dalam negeri ada bandar-bandar

Catatan manis: Pelancaran Album 'Berjalan Tanpa Henti'

Imej
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya, album Berjalan Tanpa Henti (BTH) telah selamat dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat 20 Mei 2011 bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 20 Mei 2011 dipilih sempena ulangtahun ke 6 Devotees dalam industri muzik tanah air. Majlis ni telah dirancang kira-kira sebulan lebih awal oleh kami semua anggota2 Devotees bagi merancakkan lagi promosi baby terbaru yang kami sayangi itu.  Untuk memastikan majlis berjalan lancar, kami telah melantik Firdaus, DJ Nasyidfm sebagai Pengarah Program yang akan memonitor semua tugas2 yang telah diaturkan. Saya bertindak sebagai setiausaha dan bendahari serta merangkap ketua unit protokol. Halim jadi chief untuk unit dokumentasi, Adi jaga unit perhubungan media dan Shauqi ditugaskan menjadi kepala unit jemputan. Kesemua ketua2 unit yang dilantik dibantu dan disupport oleh ahli-ahli daripada kalangan staf-staf

Devotees di media lagi =)

Imej
Alhamdulillah, lagi paparan tentang Devotees dan cerita album Berjalan Tanpa Henti di media. Take a look! Just click to enlarge. Sinar Harian 13 Mei 2011 Devotees dalam majalah Dara.com edisi Jun 2011. Teruna masuk majalah dara hehe ;) Kosmo 20 Mei 2011 Thanks kepada semua wartawan yang sudi siarkan cerita tentang Devotees dan album BTH. Really appreciate it! Kepada yang belum dapatkan album BTH. Jangan lupa dapatkan yang original! =) Gambar dari Kosmo Online. Suka gambar ni. Thanks to photographer yg cool! mmt: encik rajin, sila datang supaya blog selalu update ;P

Terima Kasih Ibu ♥♥♥♥♥

Imej
Sebuah lagu yang saya cipta istimewa buat ibu saya beberapa tahun lepas. InsyaAllah andai tiada aral, lagu ini akan dirakam oleh sebuah kumpulan nasyid untuk album pertama mereka. Nantikan karya ini sebagai suatu melodi yang indah dan penuh makna. Saya tampilkan bait-bait liriknya buat tatapan semua. Terima Kasih Ibu Terkenang daku dalam rindu Masih hangat belaianmu Menjelmakan rasa indah tika bersama Denganmu.. Ku ciptakan sebuah lagu Tanda ingatan kasihku Buatmu permata hati selamanya Oh Ibu.. Dalam meniti kehidupan yang penuh dugaan Segala payah kau hadapi dengan ketabahan Kasih sayangmu tak ternilai tiada bandingan Doaku agar kau bahagia Kasih sayang padaku yang kau beri Menjadi penawar di sanubari Tulus hatimu oh ibu Mendidik dan mengasuhku Terima kasih ucapan untukmu Tuhan saja bisa membalas jasamu Moga kasih suci ini  Bersemi untuk selamanya Hingga ke syurga...... Selamat Hari Ibu buat mak yang tersayang, Hjh Rusmada Abd Rahim. Terima kasih yang tak terhingga atas sega

Devotees di Utusan Malaysia dan Harian Metro

Imej
Alhamdulillah setelah sebulan album Berjalan Tanpa Henti (BTH) berada di pasaran, cetakan pertama sudah pun   hampir habis dan sudah diulang cetak. Dalam masa yang sama, rangka promosi rancak berjalan termasuk melalui media cetak. Alhamdulillah pada 2 Mei 2011, album BTH dipaparkan dalam ulasan album dalam Utusan Malaysia dan pada 5 Mei 2011 cerita mengenai Devotees dan album BTH dipaparkan satu muka penuh dalam Harian Metro. Semoga album BTH sukses dan diterima ramai insyaAllah. Ameen.. Mohon doa sahabat-sahabat semua. Ini dia keratan-keratan akhbar yang dimaksudkan. Klik untuk besarkan. Ulasan album Utusan Malaysia 2 Mei 2011 Harian Metro 5 Mei 2011 Terima kasih kepada semua yang dah dapatkan album BTH. Semoga bermanfaat dan tolong promote kepada keluarga dan rakan-rakan ya. Muchas gracias!! mmt: teringin nak baca review album BTH dari sahabat-sahabat. =)