Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

Imej
Assalamualaikum w.b.t. Selamat menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin & muslimat. Semoga Allah swt memberkati usia kita sepanjang tahun yang bakal berlalu dan memberi cahaya petunjuk untuk kita melewati perjalanan di tahun yang baru. InsyaAllah. Ameen.

Catatan Kembara Kemboja 2009 Siri II

Imej
Hari ketiga berada di Phnom Penh, bagai terasa sudah berada lama di sini. Pagi itu kami menaiki tuk-tuk untuk ke Phnom Penh dari rumah Suhaimi di kilometer 8. Memang best naik tuk-tuk di pagi hari. Dapat menghirup udara pagi dan melihat suasana kehidupan masyarakat di sini di waktu pagi. Walaupun masih di awal hari, namun jalan raya agak sibuk dengan pelbagai kenderaan terutamanya motosikal. Ramai penduduk di sini yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan mereka. Difahamkan peraturan memakai topi keledar baru saja dikuatkuasakan tahun ini. Ramai yang sudah memakai topi keledar berbanding ketika kami ke sini setahun lalu. Sampai di Phnom Penh kami terus ke Halal Restaurant untuk menikmati sarapan pagi bersama-sama rombingan Kembara Korban yang suda pn menanti di situ. Pagi itu kami meng'order' bihun sup ala kemboja yang dipanggil kuey tiow disitu. Rasanya mmm.. not bad. Naik tuk-tuk Sarapan Kuey tiow; Bihun sup ala Kemboja.. Selesai bersarapan, kami semua berjalan kaki ke pin

Keindahan panorama Sungai Mekong

Imej
Foto-foto berikut diambil di waktu pagi selepas waktu subuh. Panorama indah Sungai Mekong ini dirakam di kampung Chrouy Meterei Kemboja. It's amazing! SubhanAllah!

Catatan Kembara Kemboja 2009 Siri I

Imej
Penat masih terasa. Baru saja balik dari Langkawi semalam selepas habis tugasan di Lima 2009. Sebelum itu, pada 26 hingga 30 Oktober 2009 saya dan rakan-rakan Devotees berada di Phnom Penh Kemboja untuk menjayakan persembahan khas sempena Hari Raya Eidul Adha. Kembara ke bumi Kemboja kali ini lebih bermakna kerana turut disertai rombongan Kembara Korban anjuran IKIM FM dan EZ Qurban. Pada 26 Oktober, kami berlepas ke Kemboja kira-kira hampir jam 4 petang dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia. Tiba di Phnom Penh 1 jam 45 minit kemudian disambut oleh bos Ez Qurban, Ustaz Azhar. Rasa bersyukur kerana masih diberi peluang menjejakkan kaki untuk kali ketiga di situ. Kami terus menaiki bas mini untuk ke Chrouy Meteri, sebuah perkampungan Islam di pinggir Sungai Mekong. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dan kami sampai di saat waktu solat Isyak sudah pun tiba. Gembira dapat berjumpa lagi dengan saudara Rozali, sahabat kemboja yang sudah setahun tidak bertemu. Perut sudah berbunyi min

Show @ Melaka

InsyaAllah Devotees akan membuat persembahan di Dataran Pahlawan Melaka pada 14 November 2009 (Sabtu) bermula pada pukul 9 malam sempena program Inovasi dan Rekacipta Peringkat Kebangsaan. Persembahan terbuka untuk orang ramai. Semua orang Melaka di jemput datang beramai-ramai memeriahkan acara.

KEM SMART QURAN II

Imej
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Berlabuh tirai FNK 20 & Juara NMI 2009

Imej
30 oktober lepas telah berlangsung peringkat akhir Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) ke 20 dan juga Juara NMI yang dilangsungkan serentak di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sehari sebelum itu, peringkat saringan FNK untuk memilih 5 kumpulan terbaik sebagai finalis bagi setiap kategori nasyid tradisi dan moden telah diadakan. Di peringkat saringan, 12 kumpulan bertanding dalam kategori tradisi dan 11 kumpulan dalam kategori moden. Saingan di peringkat saringan cukup sengit kerana setiap kumpulan menampilkan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Agak sukar untuk meneka kumpulan manakah yang layak beraksi di pentas akhir. Setelah dinilai oleh para juri profesional, 10 kumpulan terbaik telah dipilih untuk melangkah ke peringkat akhir; 5 tradisi dan 5 moden. Kumpulan-kumpulan yang layak untuk kategori tradisi ialah Insyirah (W. Persekutuan), Nurani (Kem. Penerangan), Istaiqaza (Sarawak), Irhamnie (Melaka), dan Mustika (P.Pinang). Untuk kategori moden; Khami (W. Persekutuan)

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN 2009

Assalamualaikum wbt. Dah lama tak update blog ni. Macam-macam sebab; salah satunya malas hehehe.. Tak dapek nak nolong. Okla, nak war-warkan di sini, Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) ke 20 anjuran JAKIM untuk tahun 2009 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 29 Oktober 2009 (Saringan, 9 Pagi dan 2 petang) 30 Oktober 2009 (Akhir, pukul 8 malam) Tempat: Dewan B, Putrajaya International Convention Centre (PICC) Untuk pengetahuan, FNK ni juga diadakan serentak dengan Juara NMI 2009. InsyaAllah ramai artis-artis nasyid yang turut hadir dan membuat persembahan. InsyaAllah saya akan membawa kumpulan nasyid yang mewakili negeri Melaka dan turut bertanding untuk 4 buah lagu menerusi tulisan lirik. Mudah-mudahan dapat ke final. Jemput datang beramai-ramai ke PICC. Sama-sama menyokong dan menyemarakkan seni nasyid.

Salam Syawal 1430H

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul fitri 1430H untuk semua muslimin dan muslimat. Mohon maaf segala khilaf dan salah bicara. Selamat berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Moga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. InsyaAllah..

Ramadhan 1430h

Salam Ramadhan kareem untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian yang lebih bermakna untuk diri kita. Di bawah saya petik artikel Ustaz Zaharuddin untuk panduan kita bersama. Semoga bermanfaat. MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:- 1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari . 2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana) . Nabi SAW bersabda : " Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770). Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). Sela

Al-fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri

Sebaik saja masuk waktu rehat di tempat kerja, saya mengambil kesempatan untuk mengikuti berita-berita terkini. Berita pertama yang muncul di kaca monitor sungguh mengejutkan! Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun...... Al fatihah untuk Allahyarham..semoga sumbangan Allahyarham akan mendapat ganjaran di sisi Allah swt. Takziah untuk keluarga Allahyarham dan juga kumpulan Rabbani.

Waspada!

Situasi mutakhir cukup merisaukan, macam-macam penyakit dan bencana; terutamanya H1N1 dan jerebu. Di Melaka saja, dah 4 orang mangsa H1N1 meninggal dunia. Hospital dan klinik penuh sesak dengan orang ramai yang bimbang tentang keadaan kesihatan mereka. Salah seorang mangsa yang meninggal dunia adalah sepupu kepada kawan saya di tempat kerja. Memang dunia ini kecil saja. Dulu hanya dengar berita tentang selsema babi nun jauh di Mexico, di benua Amerika Tengah yang dipisahkan dengan lautan & daratan yang luas dari negara kita. Namun sekarang, semuanya sudah ada di depan mata. Cukup pantas menularnya wabak bahaya itu. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada dihinggapi virus yang berasal daripada binatang yang diharamkan untuk umat Islam itu. Sama-sama juga doakan mereka yang telah pergi agar ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Ameen.

adventurous weekend!

Imej
Last weekend, I've had a great exciting time playing paintball with my friends here in Tanjung Bidara Melaka. It's been a long time I don't feel such excitement. Plus the spectacular scenery of the beach, makes me really enjoyed the relaxing moment. Around 9.30 am we arrived at the arena, then made some sightseeing first. Everybody in the team has no experience in playing paintball, all are first timers. That makes us lil' bit nervous. The paintball is quiet different with the common one that we always watch on TV. It took place in a wood which make the 'war' seems real and plus; everyone has to wear the army suit. Posing before the game We're divided into two teams with 5 members each. My teammates are bro rizam, bro idi, bro hairul and azurri; the senior team though I'm still junior.. lol. Before the 'war' was started, we've been given briefing by the marshal and we must wear the face mask; the most vital safety protection for the head and

Detik itu tiba lagi

Imej
Waktu amat pantas berlari. Malam siang silih berganti. Hitam putih datang & pergi. Dan tanpa ku sedari. Detik itu tiba lagi. 24 tahun sudah di sini. Di negeri yang fana ini. Tak bertepi nikmat diberi. Tak putus kurniaan rezeki. Semuanya milik Ilahi. Terima kasih Ya Rabbi. Atas segala yang kau beri. Ku pinta hudaMu pimpin diri. Ku damba kasihMu suci hati. Tetapkan iman di sanubari. Sampai saat nafas terhenti. .

Jom Heboh Danga Bay

Imej
Lepas show kat Jom Heboh 30-31 Mei lepas, tak sempat lagi nak update blog ni sebab melalui minggu yang paling busy. Sibuk nak mengejar dan dikejar deadline yang berlambak-lambak. Anyway, alhamdulillah show di Jom Heboh, Danga Bay Johor Bahru berlangsung dengan jayanya. Walaupun cuaca agak panas dan meletihkan, namun pengunjung yang ramai memeriahkan booth Kota Ilmu menyuntik semangat untuk terus melayan kunjungan mereka. Devotees diberi tugas untuk menarik orang ramai untuk berkunjung ke booth Kota Ilmu yang dibawa khas oleh Jabatan Dokumentari Islam TV3. Antara rancangan terbitan mereka ialah Al-Kulliyyah, Al-Hidayah, Jejak Rasul dan lain-lain. Soalannye ialah... Sape cepat die dapat! Kat belakang tu mewarna elok2 ye! Sepanjang 2 hari berada di Kota Ilmu, macam-macam aktiviti yang kami kendalikan untuk semua pengunjung. Kuiz mengenai sirah para Rasul mendapat sambutan hangat sebab soalan-soalannya semua senang-senang. Adik-adik kecik hingga la ke pakcik-pakcik berebut nak jawab soala

Kem Smart Quran

Imej
InsyaAllah, saya akan sama-sama terlibat dengan Kem Smart Quran yang akan diadakan pada 7-12 Jun 2009 bertempat di Kolej Zaaba UKM. Program ini khas untuk adik-adik sekolah rendah dan sekolah menengah. Klik poster untuk besarkan.

Bangkit semula!!

Imej
Saya baru saja habis membaca sebuah majalah berbahasa Inggeris yang sering mengetengahkan kisah-kisah kehidupan yang memberi sumber inspirasi. Isu fokus yang diutarakan dalam edisi terbaru majalah tersebut cukup menarik; Bangkit Semula! Semua orang pernah mengalami kegagalan dan/atau kejatuhan dalam perjalanan kehidupan. Biar setinggi mana pun kedudukan seseorang itu dan sesempurna mana pun kehidupannya (walau tidak ada yang sempurna), pasti seseorang itu pernah merasai detik-detik yang pahit walaupun sedikit. Penulis J.K Rowling berkata "Kita tidak mungkin akan benar-benar mengenali diri kita dan kekuatan perhubungan kita, sehinggalah kedua-duanya diuji dengan kesukaran." Ramai orang apabila pertama kali merasai kegagalan terus saja ingin membuangnya jauh-jauh. Tidak kira apa jua bentuk kegagalan yang mereka hadapi, sebenarnya dalam kepahitan yang mengiringi setiap kesukaran itu ada pengajaran berharga yang amat berguna. Jika difikir sedalam-dalamnya, kepahitan itu adalah pe

Setahun

Imej
Sedar tak sedar, seminggu lagi genap setahun diri ini memasuki alam pekerjaan. Jika diimbau kembali setahun yang telah berlalu, saya masih mengingati bagaimana kali pertama meniti hari sebagai seorang yang bergelar pekerja. Setelah 4 tahun menuntut ilmu di perbukitan Bangi dan berjaya memperoleh sekeping ijazah sarjana muda, akhirnya langkah kehidupan diteruskan dengan bekerja. Alhamdulillah pekerjaan pertama sebagai seorang Jurutera Ujian ( Test Engineer) di sebuah syarikat aeroangkasa tempatan benar-benar mengajar saya tentang kehidupan berkerjaya. Ia sememangnya dunia yang amat berbeza dengan dunia pelajar. Pembawaan diri amat penting untuk memastikan survival seorang graduan yang telah berkerjaya. Paling penting dalam pekerjaan adalah attitude & aptitude yang positif kerana elemen itu sangat diperlukan untuk menjadi pekerja yang berdedikasi, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada organisasi. Jika dilihat dalam pasaran kerjaya, itulah elemen utama yang akan dinilai ol

Catatan kembara ke KK

Imej
Hujung minggu baru-baru ni, Devotees diundang untuk menjayakan Gempak Desa Astro (GDA) di Kuala Kedah. Ini adalah kali kedua kami diundang untuk GDA selepas kali pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah dah lama tak pi Kedah, la ni dapat rezki pi sana, baguih jugak na..hehe. <01.05.09> Kami bertolak dari Astro Bukit Jalil menaiki Kia Carnival siap dengan drebar yang disediakan oleh pihak penganjur kira-kira jam 10 pagi. Sebanyak 4 buah kereta kesemuanya berkonvoi menuju ke arah utara tanah air. Antara artis yang turut sama ke GDA kali ini ialah Zahid, Qhoud AF (betul ke?) , Lotter AF dan Akbar. Memandangkan perjalanan masih jauh dan ramai yang masih belum mengisi perut, so kami singgah sebentar menjamu selera di Hentian Jejantas Sungai Buloh. Setelah semuanya kenyang, kami meneruskan perjalanan menyusuri lebuhraya PLUS yang agak sesak dengan kenderaan. Maklumlah kebetulan cuti hari pekerja. So ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung. Dalam perjalanan, tak ba