Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Kem Smart Quran

Imej
InsyaAllah, saya akan sama-sama terlibat dengan Kem Smart Quran yang akan diadakan pada 7-12 Jun 2009 bertempat di Kolej Zaaba UKM. Program ini khas untuk adik-adik sekolah rendah dan sekolah menengah. Klik poster untuk besarkan.

Bangkit semula!!

Imej
Saya baru saja habis membaca sebuah majalah berbahasa Inggeris yang sering mengetengahkan kisah-kisah kehidupan yang memberi sumber inspirasi. Isu fokus yang diutarakan dalam edisi terbaru majalah tersebut cukup menarik; Bangkit Semula! Semua orang pernah mengalami kegagalan dan/atau kejatuhan dalam perjalanan kehidupan. Biar setinggi mana pun kedudukan seseorang itu dan sesempurna mana pun kehidupannya (walau tidak ada yang sempurna), pasti seseorang itu pernah merasai detik-detik yang pahit walaupun sedikit. Penulis J.K Rowling berkata "Kita tidak mungkin akan benar-benar mengenali diri kita dan kekuatan perhubungan kita, sehinggalah kedua-duanya diuji dengan kesukaran." Ramai orang apabila pertama kali merasai kegagalan terus saja ingin membuangnya jauh-jauh. Tidak kira apa jua bentuk kegagalan yang mereka hadapi, sebenarnya dalam kepahitan yang mengiringi setiap kesukaran itu ada pengajaran berharga yang amat berguna. Jika difikir sedalam-dalamnya, kepahitan itu adalah pe

Setahun

Imej
Sedar tak sedar, seminggu lagi genap setahun diri ini memasuki alam pekerjaan. Jika diimbau kembali setahun yang telah berlalu, saya masih mengingati bagaimana kali pertama meniti hari sebagai seorang yang bergelar pekerja. Setelah 4 tahun menuntut ilmu di perbukitan Bangi dan berjaya memperoleh sekeping ijazah sarjana muda, akhirnya langkah kehidupan diteruskan dengan bekerja. Alhamdulillah pekerjaan pertama sebagai seorang Jurutera Ujian ( Test Engineer) di sebuah syarikat aeroangkasa tempatan benar-benar mengajar saya tentang kehidupan berkerjaya. Ia sememangnya dunia yang amat berbeza dengan dunia pelajar. Pembawaan diri amat penting untuk memastikan survival seorang graduan yang telah berkerjaya. Paling penting dalam pekerjaan adalah attitude & aptitude yang positif kerana elemen itu sangat diperlukan untuk menjadi pekerja yang berdedikasi, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada organisasi. Jika dilihat dalam pasaran kerjaya, itulah elemen utama yang akan dinilai ol

Catatan kembara ke KK

Imej
Hujung minggu baru-baru ni, Devotees diundang untuk menjayakan Gempak Desa Astro (GDA) di Kuala Kedah. Ini adalah kali kedua kami diundang untuk GDA selepas kali pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah dah lama tak pi Kedah, la ni dapat rezki pi sana, baguih jugak na..hehe. <01.05.09> Kami bertolak dari Astro Bukit Jalil menaiki Kia Carnival siap dengan drebar yang disediakan oleh pihak penganjur kira-kira jam 10 pagi. Sebanyak 4 buah kereta kesemuanya berkonvoi menuju ke arah utara tanah air. Antara artis yang turut sama ke GDA kali ini ialah Zahid, Qhoud AF (betul ke?) , Lotter AF dan Akbar. Memandangkan perjalanan masih jauh dan ramai yang masih belum mengisi perut, so kami singgah sebentar menjamu selera di Hentian Jejantas Sungai Buloh. Setelah semuanya kenyang, kami meneruskan perjalanan menyusuri lebuhraya PLUS yang agak sesak dengan kenderaan. Maklumlah kebetulan cuti hari pekerja. So ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung. Dalam perjalanan, tak ba