Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

Imej
Assalamualaikum w.b.t. Selamat menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin & muslimat. Semoga Allah swt memberkati usia kita sepanjang tahun yang bakal berlalu dan memberi cahaya petunjuk untuk kita melewati perjalanan di tahun yang baru. InsyaAllah. Ameen.

Catatan Kembara Kemboja 2009 Siri II

Imej
Hari ketiga berada di Phnom Penh, bagai terasa sudah berada lama di sini. Pagi itu kami menaiki tuk-tuk untuk ke Phnom Penh dari rumah Suhaimi di kilometer 8. Memang best naik tuk-tuk di pagi hari. Dapat menghirup udara pagi dan melihat suasana kehidupan masyarakat di sini di waktu pagi. Walaupun masih di awal hari, namun jalan raya agak sibuk dengan pelbagai kenderaan terutamanya motosikal. Ramai penduduk di sini yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan mereka. Difahamkan peraturan memakai topi keledar baru saja dikuatkuasakan tahun ini. Ramai yang sudah memakai topi keledar berbanding ketika kami ke sini setahun lalu. Sampai di Phnom Penh kami terus ke Halal Restaurant untuk menikmati sarapan pagi bersama-sama rombingan Kembara Korban yang suda pn menanti di situ. Pagi itu kami meng'order' bihun sup ala kemboja yang dipanggil kuey tiow disitu. Rasanya mmm.. not bad. Naik tuk-tuk Sarapan Kuey tiow; Bihun sup ala Kemboja.. Selesai bersarapan, kami semua berjalan kaki ke pin

Keindahan panorama Sungai Mekong

Imej
Foto-foto berikut diambil di waktu pagi selepas waktu subuh. Panorama indah Sungai Mekong ini dirakam di kampung Chrouy Meterei Kemboja. It's amazing! SubhanAllah!

Catatan Kembara Kemboja 2009 Siri I

Imej
Penat masih terasa. Baru saja balik dari Langkawi semalam selepas habis tugasan di Lima 2009. Sebelum itu, pada 26 hingga 30 Oktober 2009 saya dan rakan-rakan Devotees berada di Phnom Penh Kemboja untuk menjayakan persembahan khas sempena Hari Raya Eidul Adha. Kembara ke bumi Kemboja kali ini lebih bermakna kerana turut disertai rombongan Kembara Korban anjuran IKIM FM dan EZ Qurban. Pada 26 Oktober, kami berlepas ke Kemboja kira-kira hampir jam 4 petang dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia. Tiba di Phnom Penh 1 jam 45 minit kemudian disambut oleh bos Ez Qurban, Ustaz Azhar. Rasa bersyukur kerana masih diberi peluang menjejakkan kaki untuk kali ketiga di situ. Kami terus menaiki bas mini untuk ke Chrouy Meteri, sebuah perkampungan Islam di pinggir Sungai Mekong. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dan kami sampai di saat waktu solat Isyak sudah pun tiba. Gembira dapat berjumpa lagi dengan saudara Rozali, sahabat kemboja yang sudah setahun tidak bertemu. Perut sudah berbunyi min