Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Ramadhan Ya Ramadhan

Imej
InsyaAllah kita semua bakal melangkah ke bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan, bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita dapat merebut segala keistimewaan dalam madrasah Ramadhan untuk menjadi hambaNya yang lebih dekat denganNya. Alhamdulillah, Devotees telah merakamkan sebuah lagu khas untuk mengalu-alukan kedatangan bulan mulia ini bertajuk Rindu Ramadhan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Abd Halim. Selamat mendengar dan menghayati lagu ini. Semoga bermanfaat dan memberi semangat untuk menyambut Ramadhan! RINDU RAMADHAN Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpanjangan Nafasku hingga pengakhiran (2x) Lirik/Lagu: Abd Halim

Summer in Seoul Part IV

Imej
Hari Kelima [4 Julai 2011] Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik seperti yang diramalkan. Destinasi hari ini semestinya lokasi yang terkenal dengan drama Winter Sonata, Nami Island! Perjalanan hari ini agak jauh sebab Nami Island bukan di dalam area Seoul, tapi terletak di  Gyeonggi   province. Dari Sinchon kami menaiki tren ke stesen Wangsimni, lepas tu tukar  Jungang line untuk ke stesen Mangu. Di stesen Mangu tukar lagi line Chuncheon untuk ke Gapyeong. Gapyeong ni adalah sebuah daerah countryside yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Di area Gapyeong lah inilah Nami Island terletak. Perjalanan sepanjang ke Gapyeong dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah. Bukit bukau yang menghijau & sungai yang mengalir tenang memberi santapan mata yang memukau pandangan, mengingati pada kekuasaanNya.  Dalam tren ke Gapyeong Tiba di stesen Gapyeong, kami menaiki bas untuk ke jeti Nami Island. Sampai di jeti, kami menaiki feri yang diberi nama Nami Maid. Perjalanan men

Summer in Seoul Part III

Imej
Hari Ketiga [2 Julai 2011] Kira-kira jam 9 pagi kami memulakan perjalanan menaiki Seoul Metro. Destinasi pertama ialah Dongdaemun. Kawasan Dongdaemun terkenal dengan tempat-tempat membeli belah dan juga tapak-tapak bersejarah.  Sampai di situ kami memilih untuk bersiar-siar di Dongdaemun History and Culture Park terlebih dahulu. Cuaca hari itu agak mendung, lebih selesa untuk berjalan-jalan kerana tak terlalu panas. Dongdaemun History and Culture Park adalah sebuah taman moden di tengah-tengah metropolitan Seoul yang masih belum siap sepenuhnya. Bila siap sepenuhnya, ia akan menjadi mercu tanda terbaru Seoul yang akan menempatkan sebuah pusat rekabentuk tercanggih, muzium pameran arkeologi Seoul Seonggwak dan taman untuk orang ramai berehat dan beriadah. Rekabentuk taman ini memang futuristik dan moden tetapi masih mengekalkan keindahan unsur-unsur alam yang hijau. Cantik. Kami sempat masuk ke pameran arkeologi yang memaparkan tinggalan-tinggalan sejarah Seoul. Dongdaemun

Summer in Seoul Part II

Imej
Hari Kedua [1 Julai 2011] Bermula pengembaraan di Seoul, kota yang diidam-idamkan oleh para peminat K-Pop dan drama2 Korea. Tapi, saya bukanlah termasuk dalam golongan tersebut ye. Yang saya kenal hanyalah Rain (sebab ada iklan syampu) dan Siwon (sebab pernah tertengok cite dia berlakon).  Kalau lagu, tau lagu 'nobody' je sebab selalu keluar kat radio. Yang lain-lain i really have no idea on them. Oklah, straight to the point, kembara kami bermula dengan perjalanan menaiki tren Seoul Metro dari stesen Sinchon menuju ke stesen Euljiro samga. Destinasi yang ditujui ialah Changdeokgung Palace, sebuah istana lama di tengah-tengah metropolitan Seoul.  Tempat menunggu tren Sampai di stesen Euljiro samga, kami berjalan kaki kira-kira 400 meter untuk ke destinasi yang dituju. Setelah membeli tiket berharga W3000, kami terus masuk meneroka tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO itu. Pemandangan di sekitar kawasan istana lama itu memang cantik, dihiasi dengan pokok-p