Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN 2009

Assalamualaikum wbt. Dah lama tak update blog ni. Macam-macam sebab; salah satunya malas hehehe.. Tak dapek nak nolong. Okla, nak war-warkan di sini, Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) ke 20 anjuran JAKIM untuk tahun 2009 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 29 Oktober 2009 (Saringan, 9 Pagi dan 2 petang) 30 Oktober 2009 (Akhir, pukul 8 malam) Tempat: Dewan B, Putrajaya International Convention Centre (PICC) Untuk pengetahuan, FNK ni juga diadakan serentak dengan Juara NMI 2009. InsyaAllah ramai artis-artis nasyid yang turut hadir dan membuat persembahan. InsyaAllah saya akan membawa kumpulan nasyid yang mewakili negeri Melaka dan turut bertanding untuk 4 buah lagu menerusi tulisan lirik. Mudah-mudahan dapat ke final. Jemput datang beramai-ramai ke PICC. Sama-sama menyokong dan menyemarakkan seni nasyid.

Salam Syawal 1430H

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul fitri 1430H untuk semua muslimin dan muslimat. Mohon maaf segala khilaf dan salah bicara. Selamat berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Moga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. InsyaAllah..