Doa Memohon Hidayah, Taqwa & Kecukupan

DOA RINGKAS PENUH MAKNA عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi ﷺ bahawasanya baginda pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." [HR Muslim No: 2721, Sahih] 1. Rasulullah ﷺ mengajar kita berdoa agar dikurniakan hidayah (petunjukNya), memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina. 2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya. 3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat. 4. J...