Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Kembara Korban 2010

Imej
InsyaAllah, buat kali yang ketiga sempena Aidil Adha, Devotees akan ke Kemboja lagi. Kali ini lebih menarik, lebih meriah dan pastinya lebih nostalgik. Kembara Korban 2010 anjuran IKIMFM bersama EZ Qurban akan turut disertai Dj Erwan, Dj Maslina, Abon, Muadz & Hafiz Gendang. Terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Jom bersama kami ke sana. Maklumat lanjut layari www.ezqurban.org.

Maher Zain in Malaysia!

Imej
Setelah lama tak meng'update' blog ni, saya rasa teruja untuk mencoret sesuatu mengenai seorang penghibur Islam yang semakin memuncak namanya di seluruh dunia, Maher Zain  (MZ)! Alhamdulillah, MZ telah selamat tiba di Malaysia pada 4 Oktober 2010 dan bakal berdepan dengan jadual yang cukup padat sepanjang hampir 2 minggu di Malaysia. Paling dinanti adalah showcase MZ di Auditorium MBSA yang akan dilangsungkan pada 14-15 Oktober 2010. InsyaAllah saya akan hadir pada 15 Oktober. Tak sabar rasanya. Baru sahaja mendengar interview eksklusif MZ di IKIM fm sebentar tadi. MashaAllah, rasa sangat kagum dengan perjalanan hidup dan perjalanan seni MZ. Very inspiring. Saya merasakan ramai peminat-peminat MZ di luar sana yang turut berasa sedemikian. Saya teruja untuk mengulas sedikit mengenai MZ berdasarkan pandangan saya mengapa lagu-lagu beliau sangat diminati dan nama beliau begitu pantas meniti di bibir peminat di seluruh dunia.      My views: Lagu-lagu dalam album Thank You Allah di