Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Tirai baru disingkap

Imej
Sedar tak sedar tahun 1432h sudah berada di penghujung. Cukup pantas masa berlari. Dan pastinya bila tiba saat sebegini, kita cuba menilai kembali apa yang telah berlaku sepanjang setahun lepas. Ya sememangnya  bukan semua yang kita azamkan akan tercapai dengan jayanya. Kita hanya mampu merancang, tapi perancanganNya tidak kita ketahui. Berserahlah harapan kepadaNya agar apa yang dirancang Allah untuk kita adalah yang terbaik. Semoga tahun 1433 bakal membuka lembaran yang lebih manis untuk kita insyaAllah! Hijrahlah ke arah yang lebih baik!   SELAMAT TAHUN BARU 1433H! mmt: antara azam 1433, nak kumpul duit untuk kawin ;)

Salam Aidiladha 1432H

Imej
Bulan Zulhijjah menjelma lagi Bulan mulia lagi diberkati Di dalamya dilaksana ibadah haji Lima rukun Islam dilengkapi Berduyun manusia ke Tanah Suci  Beruntung menjadi tetamu Ilahi Khusyuk beribadah merendahkan diri Melupakan seketika ehwal duniawi Ibadah qurban juga dinanti Dalam setahun hanya 4 hari Ditunaikan dengan seikhlas hati Mengharap redha dari Ilahi   SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H! mmt: Raya kat Kemboja lagi ;)

Cukup cukuplah...

Imej
Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Betul kan kan kan? Sememangnya kita  sentiasa berkeinginan terhadap sesuatu kerana adanya nafsu yang mendorong dalam diri kita. Tambah-tambah lagi bila tengok kawan-kawan ada sesuatu yang baru, kita pun nak jugak. Dah ada phone Nokia, nak iPhone 4, dah ada iPhone 4 nak iPhone 5 pulak. Dah ada laptop nak iPad. Dah ada motor nak superbike. Tak habis-habis. Ish ish.. Itulah kelemahan kita sebagai manusia biasa yang punyai keinginan dan kehendak yang tak berkesudahan. Jadi kepadaNya jualah kita memohon agar diri kita sentiasa cukup dengan apa yang kita miliki. Itulah yang dipanggil sebagai sifat qanaah, berasa puas dengan apa yang ada. Namun qanaah bukan bererti kita malas atau sambil lewa dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup dengan apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Tiada rasa bimbang, kecewa, putus asa dan marah sekalipun rezeki yang diperolehi tak seberapa. Dan itulah kaya sebenar kerana kualiti jiwa tak terguga

Bahagia dan Tenang

Imej
Kadang-kadang kita rasa down bila menghadapi sesuatu masalah. Ya, masalah itu lumrah dan akan sentiasa datang dan pergi. Habis satu masalah datang lagi masalah dan akan terus begitu hingga kita menutup mata. Itulah kehidupan di dunia. Namun kita amat mengharapkan agar kehidupan di sana tidak 'bermasalah', insyaAllah dengan usaha dan doa dari kudrat hamba yang amat dhaif lagi kerdil.  Saya sering membuka video di bawah untuk menyuntik ketenangan pada setiap pagi sebelum memulakan kerja. Lepas menonton dan mendengarnya, hati lebih lapang dan tenang. Pudar sedikit rasa-rasa gusar dan kecewa (jika ada). Kerana benarlah, kita manusia sering tersalah sangka tentang erti tenang dan bahagia yang sebenar. Memandang benda-benda duniawi sebagai ukuran kebahagiaan. Namun yang hakiki bahagia itu ada pada jiwa yang dekat pada DIA Al-Mutakabbir (Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran). Dan dalam kalamNya, sudah jelas termaktub bagaimana ketenangan yang hakiki itu diperolehi.

C.I.N.T.A

Imej
C uba kau selami erti cinta I ndah bila hadirnya mengulit jiwa N adi yang berdenyut terasa kehangatannya T ak terhenti walau sedetik cuma A nugerahNya yang nian bermakna C inta itu amat tulus nan suci I mpian fitrah pada tiap nurani N afsu nafsi bukan matlamat dicari T etapi hanya redha Rabbul Izzati A llah Yang Maha Mengasihani C eritalah kepada mereka I mpian cinta adalah bahagia N amun bukan sekadar mainan bicara T api harapan yang lahir dari lubuk jiwa A manah dalam melayari bahtera C inta yang kukuh terpateri I barat lagu dan melodi N atijahnya tercipta bahagia yang diimpi T eguh istana kasih sejati A zimat menuju syurgaNya yang abadi mmt: Sekadar nukilan di petang yang terluang, bukan jiwang. ;)

Motivasi Daripada Al-Quran: Syukur

Imej
Ketika kita baik mahupun ketika kita jahat, ketika kita ingat mahupun ketika kita lalai, ketika kita kuat mahupun ketika kita lemah, nikmat daripada Allah SWT tak pernah putus. Subhanallah... Maha Pemurahnya Dia kepada kita. Mampukah kita mengira berapa liter oksigen kah yang sudah kita hirup selama ini? Mampukah kita menghitung berapa butir beras yang sudah kita makan selama ini? Itu secebis kecil daripada nikmatNya cuma. Soalan itu terjawab dalam kalamNya ini. klik untuk besarkan Lalu, masih lekakah kita yang daif ini pada nikmatNya yang infiniti banyaknya itu? Syukur atau kufur dua jalan pilihan yang terletak di tangan kita. Lantas jalan manakah yang kita turuti? Ada janjiNya buat dua jalan itu dalam kalamNya ini. klik untuk besarkan Agar lurus hati ini, jua agar tak goyah iman ini dalam mensyukuri kurnia nikmatNya yang tak berhenti dan tak bertepi. Munajat ini terkandung dalam kalamNya buat pedoman diri untuk bermohon kepada Dia yang Maha Mendengar. Moga-moga men

Motivasi Daripada Al-Quran: Ujian

Imej
Dalam kehidupan ini, kita sering inginkan motivasi untuk menaikkan semangat diri, motivasi untuk mengubati kekecewaan, motivasi untuk memantapkan usaha, motivasi untuk berjaya dan lain-lain tujuan yang membawa kebaikan. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapat motivasi, membaca buku-buku motivasi best-seller , hadir ke program-program bina diri, berjumpa dengan motivator-motivator yang hebat dan banyak lagi. Namun, kadang-kadang kita terlupa (manusia itu memang pelupa) bahawa Allah SWT adalah motivator kita yang terhebat!  Termaktub dalam kalamNya di dalam Al-Quran begitu banyak sekali ayat yang memberi motivasi dan inspirasi kepada kita dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Jom sama-sama kita meneliti tiap-tiap helaian Al-Quran dan merenungi terjemahannya untuk kita peroleh motivasi di kala senang mahupun sukar. InsyaAllah saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua Motivasi Daripada Al-Quran (MDQ) yang memaparkan ayat-ayat daripada Al-Quran yang jelas maksudnya dan terkandun

AIM 18, finally we made it to TOP 5!

Imej
Alhamdulillah setelah enam tahun berkecimpung dalam arena nasyid, akhirnya Devotees berjaya juga melangkah ke senarai akhir Top 5 Lagu Nasyid Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 18, sebuah acara yang mengiktiraf hasil muzik yang terbaik dan berkualiti. Syukur tak terkira. Lagu Hadirnya Cahaya S.A.W yang didedikasikan buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w berjaya menambat hati juri untuk diletakkan sebaris dengan 4 lagi lagu nasyid yang terbaik antara yang terbaik. Tahniah kepada Abd Halim Devotees yang menghasilkan lagu, lirik dan susunan muzik untuk lagu ini. Terima kasih kepada Along Exists yang membantu dalam rakaman lagu ini. Selain itu sentuhan percussion Hafidz Udu yang menyedapkan lagi susunan muzik. Terima kasih juga buat Ustaz Azhar dan Cik Mah Ez Qurban yang banyak sekali membantu dalam menghasilkan album Berjalan Tanpa Henti. Kepada yang belum memiliki album ini, dapatkanlah segera daripada kami. InsyaAllah... terbaekk!! Alhamdulillah, saya juga turut ter

Tersentuh.....

Imej
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..  Al-fatihah buat Allahyarham  Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban akibat terkena peluru sesat di Mogadishu Somalia.  Terpancar kejujuran pada wajahnya. Moga dia tenang dan damai di sana bersama orang-orang yang diredhaiNya. InsyaAllah.... Foto Bernama Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Tersentuh melihat kedua-dua anaknya yang masih kecil dan isterinya yang tampak begitu tabah menerima suratan takdir. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka. Sama-sama renungi ayat ini: " Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya ."  (Ali-'imran:185

Jom masak spaghetti bolognese gerenti sedap! ;)

Imej
Kalau raya je mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lodeh dan sebagainya. Memang rasa tak lengkap raya kalau takde hidangan tu semua. Tapi kalau buat open house, apa kita ubah sikit citarasa dengan menambah hidangan yang lain sikit. Untuk open house raya ni, saya masak spaghetti bolognese dan carbonara. Alhamdulillah memang laku. hehe. Resipi ni saya dah ubahsuai sikit2 daripada source2 asal yang diambil dari en google dan sebagainya. Masih ke'itali'an tapi ada unsur2 kemelayuan supaya orang kita boleh makan. So, nak share la resipi saya ni. Bukanlah nak jadikan blog ni blog masakan. Cuma sekadar nak berkongsi. Ikut je step2 di bawah. Dijamin gerenti sedap. Mula2, tumis bawang besar kuning yang dipotong dadu. Lepas tu, masukkan cili giling. Haa yang ni ikut lidah melayu. Kalau nak pedas bubuh la banyak. Ikut citarasa. Lepas dah pecah minyak. Masukkan daging kisar. Kacau daging hingga warnanya bertukar coklat dan air daging sudah agak kering.

Raya 2011: Rendang daging meletop! :D

Imej
Dah takbir banyak2? Jom takbir lagi. Di malam raya ni, tetiba nak pulak nak post resipi. Since saya ni memang minat makan so kena jugak tau cara nak masak. So for the first time, nak kongsi resipi yang saya namakan rendang daging meletop mmt Qlix ! Sejak bertahun2 mak memasak rendang, saya hanya memerhati dan jadi tukang kacau last2 minute. Tapi tahun ni saya buat dari A to Z. So sekarang saya sudah terer masak rendang yehoo. Sila beri tepukan . Resipi rendang ni spesel sebab diwariskan turun temurun. Simple je tapi sedap dan meletop. So di sini saya tunjukkan cara2 nak masak rendang yang memang terbaek ni. Boleh la jadi opsyen untuk resipi raya kali ni. =)  Mula-mula tumis bawang merah besar dengan rempah ratus; kayu manis,  bunga lawang, cengkih dan jintan manis. Tumis sampai layu dan naik bau.  Masukkan pula bahan-bahan yang dikisar: serai, lengkuas, bawang putih,  bawang merah dan halia. Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar. Kalau korang kaki pedas

Aidilfitri menjelma lagi!

Imej
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!  La ila ha illAllah Allahu akbar!  Allahu akbar walillahilhamd! Alhamdulillah. Sebulan menempuh Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Terasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Memanglah kita sentiasa inginkan yang terbaik. Namun sebagai manusia kita pasti terasa ada kekurangan yang ingin diperbaiki. Mudah-mudahan kita berkesempatan lagi bertemu Ramadhan akan datang. Ameeen.. Kini Syawal pula menjelma. Saya ingin mengambil kesempatan memohon setulus kemaafan atas segala salah dan silap termasuk kemalasan mengupdate blog ini . Semoga ukhuwah lebih erat insyaAllah. Kalau di bulan Ramadhan kita boleh menahan diri daripada perkara2 yang tak baik, teruskanlah di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Moga kita dapat istiqamah. Raikan aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Eratkan ukhuwah sesama keluarga, saudara-mara, jiran dan rakan2. Semoga meriah dan gembira di lebaran ini. Terimalah e-kad raya purple dari saya. =)

Ramadhan Ya Ramadhan

Imej
InsyaAllah kita semua bakal melangkah ke bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan, bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita dapat merebut segala keistimewaan dalam madrasah Ramadhan untuk menjadi hambaNya yang lebih dekat denganNya. Alhamdulillah, Devotees telah merakamkan sebuah lagu khas untuk mengalu-alukan kedatangan bulan mulia ini bertajuk Rindu Ramadhan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Abd Halim. Selamat mendengar dan menghayati lagu ini. Semoga bermanfaat dan memberi semangat untuk menyambut Ramadhan! RINDU RAMADHAN Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpanjangan Nafasku hingga pengakhiran (2x) Lirik/Lagu: Abd Halim