Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Bom bom kedebom! (Titipan buat Gaza)

Imej
Di Gaza banyak bom Bom sana bom sini Hari-hari dengar bunyi bom Hari-hari ada letupan bom Rumah kena bom Sekolah kena bom Kereta kena bom Hospital kena bom Orang pun kena bom! Banyak mati kena bom Banyak luka kena bom Banyak duka kerana bom Banyak kebulur angkara bom Tengah makan takut dibom Tika tidur takut dibom Sedang jaga takut dibom Tiap saat takut dibom Yang bom itu sudah gila Tiada lagi jiwa manusia Bom jadi mainan suka Untuk bagi Gaza derita Di sini bom tak ada Hanya roti bom yang ada Syukur masih aman sentosa Tolonglah doa pada mereka Moga musnah dibom laskar rejim Dengan bom para mujahidin Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim Moga aman negeri Palestin Amin Ya Rabbal Alamin.... mmt: Let's pray and donate for Gaza! Boycott Israel!!

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri III (Western & Chinese Muslim Food)

Imej
Assalamualaikum semua! Ok kita terus sambung part III. Kali ni tengok pulak kat mana tempat makan best untuk makanan western dan makanan cina muslim di Bandar Baru Bangi. Boleh la jadi pilihan kalau datang ke sini. Tapi kali ni tulis simple2 je ye hehe (malas la tu). Ok straight to the point, let's check it out! Pilihan untuk makanan western: Red Card Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB  Pilihan no. 1 saya setakat ini untuk western foo d. Pelbagai pilihan pasta yang confirm tidak mengecewakan. Kalau teringin nak makan spaghetti mesti pegi sini. Steak & grill pun sedap. Suasana cosy dan sesuai untuk seisi keluarga. Yummy pasta at Red Card Cafe Austin Steakhouse - No. 55GF, Jln Kajang Impian 2/1, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB Pelbagai jenis steak dengan harga yang amat berpatutan. Rasa pun sedap. Yang menarik di sini ialah pilihan jus buah yang fresh, gelas besar dan murah. Dekorasi ala-ala koboi. Wadihana Islamic Steakhouse - Jln

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri II (Makan Malam)

Imej
Assalamualaikum semua! Tak sangka post pasal makan yang lepas banyak view, ok sambung Part II pulak. Kali ni kita tengok mana tempat makan yang best sekitar Bangi time malam2 dan sesuai untuk bawa keluarga tercinta yang recommended by me. Kita mula dengan masakan goreng2 dan panas2 dulu ye. Ok check it out! Pilihan untuk makanan goreng2 & panas2 Nim's Little Island - Jalan Teratai (Sungai Ramal Dalam), Kajang  Walaupun alamat Kajang, tapi kira Bangi jugak la sebab dekat je dan still within area Bangi. Kalau mengidam tomyam yang best, saya mesti pegi kat sini, sebab kat sini ada tomyam kelapa muda yang memang special. Tomyam tu dihidang dalam kelapa muda dan kuahnya guna air kelapa muda. Memang perggh meletop! Masakan lain pun sedap2 dan satu lagi yang special kat sini ada macam2 pilihan air yang unik. Ada soda ceria, soda gembira, soda sedih pun ade. Datang la sini memang berbaloi. Cuma jalan ke sini mungkin susah sikit, tapi boleh google. Tom yam kelapa Mud