Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Konichiwa Osaka II

Imej
14 Mac 2011 Hari kedua kami di Osaka. Suhu hari ini dijangka tidak terlalu sejuk, belasan darjah celcius. Tapi baju tebal kena pakai juga. Hari ini kami berjalan ke destinasi kedua selepas makan tengahari dan solat jamak zuhur dan asar untuk memudahkan perjalanan. Maklumlah di Jepun bukannya ada surau atau masjid yang mudah dijumpai. Destinasi yang dituju ialah Kyoto. Kami menaiki bas berhampiran Manekiya Supermarket menuju ke Senri Chuo  stesen. Tambangnya 210 yen. Bas di sini sangat efisien dan punctual. Pemandunya pula berpakaian seperti pilot kapal terbang dan kelihatan profesional. Ditambah lagi dengan microfon kecil yang dipakai untuk membuat announcement. Setiap kali ada penumpang masuk, pemandu akan meminta penumpang berhati-hati dan yang paling menarik, tiap-tiap penumpang yang keluar dari bas akan diucap arigato gozaimasta. Maka sepanjang perjalanan akan terdengar ucapan arigato berkali-kali. Bagus kan. Dalam bas, bersih dan kemas Sampai di Senri Chuo, kami menaiki subwa

Konichiwa Osaka I

Imej
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya kaki ini dapat dijejakkan di bumi Jepun yang sebelum ini tak pernah terlintas di fikiran untuk ke sana. 13 hingga 20 Mac berada di sana bersama keluarga menitip pengalaman yang sangat-sangat berharga. Walaupun kami ke sana sehari selepas tsunami yang sangat dahsyat, tapi alhamdulillah Osaka tidak affected dengan bencana tersebut. Mulanya agak risau juga dan ramai juga yang bertanya. Perjalanan diteruskan. Jepun memberi seribu satu pengajaran dan pelajaran yang cukup bermakna. Saya nak recommend semua orang kena melawat Jepun. InsyaAllah dalam catatan ini, saya akan kongsikan pengalaman sepanjang berada di sana. Tapi nak cerita ringkas-ringkas je, based on gambar. Banyak gambar lagi best kan. Ok here we go! 13 Mac 2011 Selamat mendarat di Kansai International Airport kira-kira pukul 6.30 pagi waktu Jepun dengan penerbangan Thai Airways. Penerbangan dari Kuala Lumpur pukul 9 malam transit di Suvarnabhumi Airport, Bangkok dan terus ke Osaka. S