Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel NUKILAN

Terima Kasih Ibu ♥♥♥♥♥

Imej
Sebuah lagu yang saya cipta istimewa buat ibu saya beberapa tahun lepas. InsyaAllah andai tiada aral, lagu ini akan dirakam oleh sebuah kumpulan nasyid untuk album pertama mereka. Nantikan karya ini sebagai suatu melodi yang indah dan penuh makna. Saya tampilkan bait-bait liriknya buat tatapan semua. Terima Kasih Ibu Terkenang daku dalam rindu Masih hangat belaianmu Menjelmakan rasa indah tika bersama Denganmu.. Ku ciptakan sebuah lagu Tanda ingatan kasihku Buatmu permata hati selamanya Oh Ibu.. Dalam meniti kehidupan yang penuh dugaan Segala payah kau hadapi dengan ketabahan Kasih sayangmu tak ternilai tiada bandingan Doaku agar kau bahagia Kasih sayang padaku yang kau beri Menjadi penawar di sanubari Tulus hatimu oh ibu Mendidik dan mengasuhku Terima kasih ucapan untukmu Tuhan saja bisa membalas jasamu Moga kasih suci ini  Bersemi untuk selamanya Hingga ke syurga...... Selamat Hari Ibu buat mak yang tersayang, Hjh Rusmada Abd Rahim. Terima kasih yang tak terhingga atas ...

Detik itu tiba lagi

Imej
Waktu amat pantas berlari. Malam siang silih berganti. Hitam putih datang & pergi. Dan tanpa ku sedari. Detik itu tiba lagi. 24 tahun sudah di sini. Di negeri yang fana ini. Tak bertepi nikmat diberi. Tak putus kurniaan rezeki. Semuanya milik Ilahi. Terima kasih Ya Rabbi. Atas segala yang kau beri. Ku pinta hudaMu pimpin diri. Ku damba kasihMu suci hati. Tetapkan iman di sanubari. Sampai saat nafas terhenti. .

Keindahan Alam..

Imej
Keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa Mempesona setiap pandangan mata Tak tergambar dengan hanya kata-kata Menusuk rasa kehambaan di jiwa Lantas bibir memuji dan mengagungkanNya SubhanAllah, Maha Suci Allah Yang Maha Esa Begitu hebat lagi Maha berkuasanya Dia Lalu renunglah betapa kerdilnya kita Terdampar di atas alam yang fana Terlalu lemah tiada upaya Hanya bersandar pada kurniaanNya Sedarkah kita? Masih utuhkah keegoan kita? Sering enggan tunduk patuh kepadaNya Sering suka bila membuat dosa Sering benci dan malas pada suruhanNya Aduh… mudah benar kita murka Ya Allah ampunilah hamba Ya Allah kurniakan petunjuk buat hamba Ya Allah jauhkan hamba dari segala dosa Ya Allah rahmatilah hamba Agar langkah ini lurus sentiasa Menuju ke arah taman syurga JanjiMu untuk hamba yang bertaqwa

Puisi khas

Derita Lara Gaza 29 Disember 2008… Tika alam masih diselimuti kegelapan Fajar siddiq baru mahu menyinsing Manusia masih dibuai mimpi Lorong-lorong diulit sunyi sepi Tiba-tiba… Di suatu sudut ceruk Jabaliya Langit gelap bercahaya terang Dek percikan berkilauan Lantas dentuman ganas menggegar bumi Roket zionis meledak letupan Memusnah rumah-rumah marhaen Gadis-gadis Balousha yang tidak berdosa Terbunuh serta-merta Tika gadis-gadis kecil itu masih terlena Dan mereka terus terlena untuk selamanya Terlayu kaku tubuh-tubuh mungil mereka Berlumur darah dipenuhi luka Angkara roket yang tidak bermata Angkara kesumat yang tak bernoktah Terduduk terpana si ibu dan si ayah Meratapi anak-anak yang tak lagi bernyawa Lima orang kesemuanya, Lima orang!! Aduh!! Bertahun lama membesarkan mereka Dengan jerih payah menempuh derita Namun hanya dalam sekelip mata Israel meragut jiwa mereka Begitulah duka dan sengsara Gaza...

Lirik budak sekolah

Bagi ustaz dan ustazah kat sekolah rendah dan menengah, bulan februari merupakan masa untuk mereka melatih dan membimbing anak-anak murid untuk persiapan menjelang tibanya Majlis Tadarus AlQuran (MTQ) Sekolah-sekolah. So, ramailah yang nak mencari lagu & lirik nasyid yang sesuai dan bertepatan dengan tema. Saya pun tak ketinggalan menerima "tempahan" membuat lagu dan lirik untuk budak-budak sekolah. Setelah memerah idea, siaplah lagu ala-ala padang pasir yang tak seberapa. Lagu ini saya bagi kat beberapa sekolah. Lagu sama untuk sekolah dari negeri berbeza. Oklah tu. hehehe.. Intro Di ufuk harapan terbitnya sinar Terbias kemilaunya menghapus gentar Siaga menggapai bebintang cerlang Semangat membina ummah gemilang.. Chorus Cahaya hidayah kurniaan yang Esa Nikmat tertinggi tiada taranya Menyemai iman menyulam taqwa Terbina akidah utuh perkasa Akidah tunjang pembentuk jati diri Membina modal insan yang berkualiti Duniawi ukhrawi cemerlang ...

The Road Not Taken

Imej
Suddenly this poem passed by my mind. I've learnt this poem few years ago when I was in Form 5 (if I'm not mistaken). This poem is very meaningful for me at this crucial moment. It was written by Robert Frost. Ponder it.. THE ROAD NOT TAKEN (Robert Frost) Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear; Though as for that the passing there Had worn them really about the same, And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if I should ever come back. I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I— I took the one less traveled by, And that has made all t...

Antara Dua Jalan

Imej
antara dua jalan ada ketikanya keliru itu datang kerana dihadapan ada dua jalan mana menjadi pilihan antara dua jalan kiri atau kanan sukar ditentukan andai langkah kaki ke jalan yang kiri di hadapan belum pasti apa yang menanti andai langkah ke kanan masih samar arah tujuan tak tahu ke mana haluan kabur tak terbayangkan antara dua jalan pilihlah...

Rindu kedamaian

Imej
Rindu Kedamaian Harapan kesamaran Bila warna damai kian pudar Bertebaran kata dusta Menghunjamkan nestapa Tangisan kesayuan Insan meratapi kehilangan Merintih mengharap ihsan Merindu kedamaian Ke mana hilang kasih dan sayang Meluntur rasa kemanusiaan Bila kan pergi penderitaan Tak ketemu jawapan Dan kezaliman terus rakus menggila meratah nyawa Dan kesengsaraan membarah meruntun duka Munajat pengharapan Mendamba cahaya keamanan Menyinari kehidupan Lestari rahmat Tuhan Lirik ini menggambarkan pengharapan saudara-saudara kita di bumi Palestin. InsyaAllah lagu ini akan dirakamkan oleh sebuah kumpulan nasyid. Nantikannya..

Bom! Bom! Bom! Kedebom!

Di Gaza banyak bom Bom sana bom sini Hari-hari dengar bunyi bom Hari-hari ada letupan bom Rumah kena bom Sekolah kena bom Kereta kena bom Hospital kena bom Orang pun kena bom! Banyak mati kena bom Banyak luka kena bom Banyak duka kerana bom Banyak kebulur angkara bom Tengah makan takut dibom Tika tidur takut dibom Sedang jaga takut dibom Tiap saat takut dibom Yang bom itu sudah gila Tiada lagi jiwa manusia Bom jadi mainan suka Untuk bagi Gaza derita Di sini bom tak ada Hanya roti bom yang ada Syukur masih aman sentosa Tolonglah doa pada mereka Moga musnah dibom laskar rejim Dengan bom para mujahidin Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim Moga aman negeri Palestin Amin Ya Rabbal Alamin....