Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Makan Besaar

Imej
Alhamdulillah..masih terasa lagi keenakan nasi mandy juadah dari Lubnan yang selesai disantap tengahari tadi sempena 'makan-makan' Ez Qurban. Restoran Al Rawsha yang menyajikan Lebanese Cuisine di Jalan Damai KL menjadi lokasi pilihan. First time pegi situ. Tempatnya agak tersorok tapi kalau tanya orang Bangladesh, diorang mesti tau tempat tu sebab bersebelahan je dengan Kedutaan Bangladesh. Kami memilih bilik yang disediakan di tingkat atas restoran yang memang dikhaskan untuk pelanggan berkumpulan 20-30 orang. Kusyen tempat bersila ala-ala arab disediakan dalam bilik tu. Makan pun kat atas lantai je, baru ada feel. Restoran Al-Rawsha Menu kat Al Rawsha memang banyak. Kalau nak pilih memang rambang mata sebab rasa macam nak try semua yang ada. Atas recommendation , Lamb Mandy dan Chicken Mandy menjadi hidangan utama. Dihidangkan bersama yogurt putih, sambal masam (tak tau nama) dan kuah dal macam nasi beriyani, kombinasinya memang menusuk selera. Jus mangga yang pekat da

Transisi ke dunia baru

Tahun 2010 yang baru tiba sememangnya memberikan pengertian yang seiring dengan kehidupan baru yang saya tempuhi. Setelah 1 tahun 6 bulan 15 hari berkhidmat di CTRM Aero Composites Melaka, akhirnya tiba juga masa diri terpaksa melangkah kaki ke tempat yang baru. Panggilan telefon pada pada 23 Disember 2009 memang mengejutkan. Hanya berbaki sehari sebelum cuti Krismas, JPA memanggil untuk melapor diri pada 28 Disember! What a surprise! Mulut terasa berat untuk menjawab 'ya' namun keputusan harus dibuat 'on the spot'. Maka bermulalah bebanan perasaan menanggung kesedihan kerana akan meninggalkan sahabat-sahabat sekerja yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri. Hanya sehari yang tinggal iaitu pada 24 Disember untuk mencurah segala tugasan kepada successor dan bersama dengan 'adik-beradik' di situ buat kali terakhir di tempat kerja. Sungguh berat hati untuk melangkah pergi dari situ. Begitu banyak pengalaman dan kenangan manis yang tak mungkin dilupakan. Kas

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Imej
Selamat Tahun Baru 2010 untuk semua!