Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Tak yah baca, tengok je

Imej
Terasa malas pulak nak menaip. Then juz put these devotees pics for this entry. =) kundasang, sabah ampang point miri, sarawak kundasang, sabah kundasang, sabah phnom penh, kemboja istana budaya KL mandarin oriental KL ranau, sabah mandarin oriental KL

Balik tabir Konsert - mengurus program dan protokol

Hmm.. tak sangka ramai yang berpusu-pusu meninggalkan komen di blog saya selepas saya memasukkan entri mengenai Konsert Amal Manis V yang berlangsung baru-baru ini. Topik hangat yang diperkatakan ialah siapa gerangan yang menjadi 'nakhoda' malam konsert itu yang disifatkan sebagai 'berjaya dengan cemerlang'. Tambahan lagi 'nakhoda' itu adalah seorang muslimah, lalu ramai yang tertanya-tanya siapa dia. Walau siapa pun dia, setinggi tahniah diucapkan kepadanya atas kejayaan melaksanakan tugas dengan baik di malam yang menjadi wadah dakwah Islami itu. Dan perlu diingat, SEMUA AJK program memberi sumbangan yang besar untuk menjayakan program tersebut terutama Ketua Pengarah DKI II, Saudara Kushairi. Sebenarnya persoalan siapa tidak penting, yang penting BAGAIMANA 'dia' dan seluruh team penganjur telah menguruskan program itu dengan jayanya. Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman yang dimiliki lantaran saya juga pernah memegang post yang sama ketika

MANIS yang manis!

Imej
Alhamdulillah.. Konsert Amal Manis V telah berlangsung dengan jayanya di Dectar UKM. Tahniah kepada Famili DKI II khususnya sahabat saya Kushairi yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan program. Saya pasti malam itu akan meninggalkan memori manis buat semua yang terlibat. Secara peribadi, saya amat berpuas hati dengan persembahan Devotees pada malam itu. Ramai yang memberi respon positif terhadap konsep yang kami bawakan. Walaupun idea2 hanya muncul di saat2 akhir, namun segalanya 'menjadi' malam itu. Alhamdulillah.. Persembahan pentomen berdasarkan sajak nukilan saya juga turut menyentuh perasaan. Tahniah kepada kumpulan pentomen yang terdiri daripada anggota palapes ukm. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan lain; Nice, Fareast dan Inteam yang berjaya menampilkan persembahan yan istimewa. Kepada ISIUKM teruskan perjuangan memartabatkan Islam, saya pasti menunggu MANIS VI.

Countdown to Konsert Amal Manis V

Imej
Konsert Amal Manis V, DKI II UKM tinggal beberapa hari sahaja lagi. Saya yakin urusetia program sedang bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir untuk memastikan kejayaan konsert. Saya dan Devotees juga membuat beberapa siri latihan untuk konsert tersebut. InsyaAllah kami akan tampilkan sesuatu yang berlainan daripada persembahan-persembahan sebelum ini. Di sudut hati juga berdebar sedikit menanti puisi nukilan saya yang akan dipersembahkan sebagai sebuah pentomen berlatarkan penderitaan rakyat Palestin. Juga tidak sabar untuk menyaksikan persembahan rakan-rakan artis lain; Inteam, Fareast dan Nice yang pasti menampilkan sesuatu yang istimewa. Kepada yang belum dapatkan tiket, boleh dapatkannya pada hari Konsert. Jumpa di sana! muhammadz: Jangan lupa dengarkan Segmen Nasyid On Stage IKIM FM pada 19 Mac 10 malam. Ada promosi Konsert Amal Manis V bersama wakil-wakil artis.

Tempat jatuh lagi dikenang

Imej
Sudah lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu yang panjang di blog ini. Maklumlah kadang-kadang dihimpit tugasan kerjaya utama dan kedua, ditambah lagi 'tempahan' karya yang tiba-tiba datang 'berguni-guni' (hehe taklah banyak mana pun). Apapun, kali ini saya terdetik untuk bercerita mengenai tanah tumpah darah saya, sebuah daerah di lembah pergunungan Crocker; Ranau, di negeri Sabah di bawah bayu. Tiba-tiba hati ini digamit kerinduan pada daerah asal yang melakar jutaan memori suka dan duka. Rindu pada pemandangannya, rindu pada kedinginan udaranya, rindu pada sahabat-sahabat lama, rindu pada keenakan makanannya, rindu pada segalanya. Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Di daerah inilah saya dilahirkan, dibesarkan dan dididik menjadi seorang 'manusia'. Alhamdulillah. Ranau di waktu pagi, diselaputi kabus dingin yang menyamankan Biar saya ceritakan sedikit latar belakang daerah ini. Ranau terletak kira-kira 120 km dari Kota Kin

Tell me why

I accidentally found this video in youtube, which entitled 'the genius singer.' It's a great song sung by a boy. I'm not sure who he is, but his voice is just amazing and the song is very touching. I guess the title of this song is "Tell me why" as the boy repeat it several times. It's really a beautiful and meaningful song. Feel it...

Puisi khas

Derita Lara Gaza 29 Disember 2008… Tika alam masih diselimuti kegelapan Fajar siddiq baru mahu menyinsing Manusia masih dibuai mimpi Lorong-lorong diulit sunyi sepi Tiba-tiba… Di suatu sudut ceruk Jabaliya Langit gelap bercahaya terang Dek percikan berkilauan Lantas dentuman ganas menggegar bumi Roket zionis meledak letupan Memusnah rumah-rumah marhaen Gadis-gadis Balousha yang tidak berdosa Terbunuh serta-merta Tika gadis-gadis kecil itu masih terlena Dan mereka terus terlena untuk selamanya Terlayu kaku tubuh-tubuh mungil mereka Berlumur darah dipenuhi luka Angkara roket yang tidak bermata Angkara kesumat yang tak bernoktah Terduduk terpana si ibu dan si ayah Meratapi anak-anak yang tak lagi bernyawa Lima orang kesemuanya, Lima orang!! Aduh!! Bertahun lama membesarkan mereka Dengan jerih payah menempuh derita Namun hanya dalam sekelip mata Israel meragut jiwa mereka Begitulah duka dan sengsara Gaza