Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Susahnya nak berubah

Imej
Berubah. Satu perkataan yang cukup ringkas. Mudah dituturkan dengan lidah, malah mudah untuk dicanangkan strategi atau teori untuk merealisasikannya. Namun realitinya berubah itu susah dan bukan sesuatu yang mudah. Prosesnya umpama mendaki gunung yang penuh dengan halangan dan cabaran. Andai gagal mengharungi denai yang curam dan licin, pasti terjatuh semula ke gaung takuk yang lama. Dalam perjalanan hidup setiap manusia, pastinya pernah menempuh pengalaman ingin melakukan perubahan. Dari miskin kepada kaya. Dari malas kepada rajin. Dari jahat kepada baik. Macam-macam jenis perubahan yang ingin dilakukan. Hakikatnya tidak ramai yang berjaya menawan puncak perubahan yang diingini. Bacalah sebanyak mana buku motivasi untuk berubah, atau hantarlah motivator terbaik di dunia sekalipun, perubahan yang diingini tidak dijamin mencapai matlamatnya. Jadi, bagaimana untuk berubah? Tepuk dada tanya iman...

Dosa-dosa & Facebook

Imej
Satu artikel yang sangat bermanfaat oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk peringatan kita bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal! =) Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :- 1)     Mendedah keaiban suami, isteri di facebook . Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh,  ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, keret