Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BICARA

Tersentuh.....

Imej
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..  Al-fatihah buat Allahyarham  Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban akibat terkena peluru sesat di Mogadishu Somalia.  Terpancar kejujuran pada wajahnya. Moga dia tenang dan damai di sana bersama orang-orang yang diredhaiNya. InsyaAllah.... Foto Bernama Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Tersentuh melihat kedua-dua anaknya yang masih kecil dan isterinya yang tampak begitu tabah menerima suratan takdir. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka. Sama-sama renungi ayat ini: " Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya ."  (Ali-'imran:18...

Devotees di Utusan Malaysia dan Harian Metro

Imej
Alhamdulillah setelah sebulan album Berjalan Tanpa Henti (BTH) berada di pasaran, cetakan pertama sudah pun   hampir habis dan sudah diulang cetak. Dalam masa yang sama, rangka promosi rancak berjalan termasuk melalui media cetak. Alhamdulillah pada 2 Mei 2011, album BTH dipaparkan dalam ulasan album dalam Utusan Malaysia dan pada 5 Mei 2011 cerita mengenai Devotees dan album BTH dipaparkan satu muka penuh dalam Harian Metro. Semoga album BTH sukses dan diterima ramai insyaAllah. Ameen.. Mohon doa sahabat-sahabat semua. Ini dia keratan-keratan akhbar yang dimaksudkan. Klik untuk besarkan. Ulasan album Utusan Malaysia 2 Mei 2011 Harian Metro 5 Mei 2011 Terima kasih kepada semua yang dah dapatkan album BTH. Semoga bermanfaat dan tolong promote kepada keluarga dan rakan-rakan ya. Muchas gracias!! mmt: teringin nak baca review album BTH dari sahabat-sahabat. =)

Akhirnya...'Berjalan Tanpa Henti'!

Imej
Sejak album pertama Devotees dilancarkan pada tahun 2005, dari situ bermulalah perjuangan kami di arena nasyid tanah air. Selepas setahun berlalu, perancangan album kedua sudah mula menjadi agenda. Namun pelbagai dugaan, cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi. Jatuh bangun yang dilalui banyak mengajar dan mematangkan kami. Kadangkala seperti sudah kesamaran jalan yang ingin ditujui. Tapi Allah Maha Penyayang. Tahun berganti tahun, dan selepas 5 tahun tanpa album akhirnya buah tangan Devotees yang kedua dapat direalisasikan juga. 'Berjalan Tanpa Henti' judul yang cukup sinonim dengan suka duka perjalanan seni kami. Syukuuuur alhamdulillah. Jutaan terima kasih buat Ustaz Azhar dan Cik Mah dari Ez Qurban yang cukup banyak membantu. Jasa kalian tak ternilai harganya. Cover penuh simbolik sentuhan Halim Kini hanya tinggal menanti album ini diedar dan dipasarkan. Istimewanya 80% penghasilan album ini adalah hasil sentuhan Devotees sendiri dan album ini adalah sememangnya jiwa kami. ...

2.0.1.1

Imej
SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BAHAGIA SEMOGA TAHUN BARU LEBIH GEMBIRA SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BERMANFAAT SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BERTAQWA INSYA ALLAH mmt: Azam 2011, nak update blog dengan lebih kerap. doakan saya dapat tunaikan azam itu. ;)

Maher Zain in Malaysia!

Imej
Setelah lama tak meng'update' blog ni, saya rasa teruja untuk mencoret sesuatu mengenai seorang penghibur Islam yang semakin memuncak namanya di seluruh dunia, Maher Zain  (MZ)! Alhamdulillah, MZ telah selamat tiba di Malaysia pada 4 Oktober 2010 dan bakal berdepan dengan jadual yang cukup padat sepanjang hampir 2 minggu di Malaysia. Paling dinanti adalah showcase MZ di Auditorium MBSA yang akan dilangsungkan pada 14-15 Oktober 2010. InsyaAllah saya akan hadir pada 15 Oktober. Tak sabar rasanya. Baru sahaja mendengar interview eksklusif MZ di IKIM fm sebentar tadi. MashaAllah, rasa sangat kagum dengan perjalanan hidup dan perjalanan seni MZ. Very inspiring. Saya merasakan ramai peminat-peminat MZ di luar sana yang turut berasa sedemikian. Saya teruja untuk mengulas sedikit mengenai MZ berdasarkan pandangan saya mengapa lagu-lagu beliau sangat diminati dan nama beliau begitu pantas meniti di bibir peminat di seluruh dunia.      My views: Lagu-lagu dalam album Thank Y...

Ramadhan..Tiba masanya..

Imej
Assalamualaikum wbt. Maaf kerana membiarkan laman ini sepi sekian lama. Tak sangka pula follower dah mencecah 110 orang. Terima kasih atas sokongan. Apa pun, kita telah tiba di bulan yang amat dinanti, Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan 1431h. Selamat mengutip segala butir-butir hikmah yang terkandung di dalamnya. Selamat beribadah dengan penuh rasa kehambaan. Moga tarbiyah Ramadhan menjadikan kita hambaNya yang lebih dekat dan taat kepadaNya. InsyaAllah. Doakan agar kita semua diberi kekuatan dan keizinan untuk menempuhi Ramadhan hingga ke titik hujungnya. Ameen.. "Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahm...

Dosa-dosa & Facebook

Imej
Satu artikel yang sangat bermanfaat oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk peringatan kita bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal! =) Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :- 1)     Mendedah keaiban suami, isteri di facebook . Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh,  ada yang secara terbuka mendesak su...

Waspada!

Situasi mutakhir cukup merisaukan, macam-macam penyakit dan bencana; terutamanya H1N1 dan jerebu. Di Melaka saja, dah 4 orang mangsa H1N1 meninggal dunia. Hospital dan klinik penuh sesak dengan orang ramai yang bimbang tentang keadaan kesihatan mereka. Salah seorang mangsa yang meninggal dunia adalah sepupu kepada kawan saya di tempat kerja. Memang dunia ini kecil saja. Dulu hanya dengar berita tentang selsema babi nun jauh di Mexico, di benua Amerika Tengah yang dipisahkan dengan lautan & daratan yang luas dari negara kita. Namun sekarang, semuanya sudah ada di depan mata. Cukup pantas menularnya wabak bahaya itu. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada dihinggapi virus yang berasal daripada binatang yang diharamkan untuk umat Islam itu. Sama-sama juga doakan mereka yang telah pergi agar ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Ameen.

Bangkit semula!!

Imej
Saya baru saja habis membaca sebuah majalah berbahasa Inggeris yang sering mengetengahkan kisah-kisah kehidupan yang memberi sumber inspirasi. Isu fokus yang diutarakan dalam edisi terbaru majalah tersebut cukup menarik; Bangkit Semula! Semua orang pernah mengalami kegagalan dan/atau kejatuhan dalam perjalanan kehidupan. Biar setinggi mana pun kedudukan seseorang itu dan sesempurna mana pun kehidupannya (walau tidak ada yang sempurna), pasti seseorang itu pernah merasai detik-detik yang pahit walaupun sedikit. Penulis J.K Rowling berkata "Kita tidak mungkin akan benar-benar mengenali diri kita dan kekuatan perhubungan kita, sehinggalah kedua-duanya diuji dengan kesukaran." Ramai orang apabila pertama kali merasai kegagalan terus saja ingin membuangnya jauh-jauh. Tidak kira apa jua bentuk kegagalan yang mereka hadapi, sebenarnya dalam kepahitan yang mengiringi setiap kesukaran itu ada pengajaran berharga yang amat berguna. Jika difikir sedalam-dalamnya, kepahitan itu adalah pe...

Setahun

Imej
Sedar tak sedar, seminggu lagi genap setahun diri ini memasuki alam pekerjaan. Jika diimbau kembali setahun yang telah berlalu, saya masih mengingati bagaimana kali pertama meniti hari sebagai seorang yang bergelar pekerja. Setelah 4 tahun menuntut ilmu di perbukitan Bangi dan berjaya memperoleh sekeping ijazah sarjana muda, akhirnya langkah kehidupan diteruskan dengan bekerja. Alhamdulillah pekerjaan pertama sebagai seorang Jurutera Ujian ( Test Engineer) di sebuah syarikat aeroangkasa tempatan benar-benar mengajar saya tentang kehidupan berkerjaya. Ia sememangnya dunia yang amat berbeza dengan dunia pelajar. Pembawaan diri amat penting untuk memastikan survival seorang graduan yang telah berkerjaya. Paling penting dalam pekerjaan adalah attitude & aptitude yang positif kerana elemen itu sangat diperlukan untuk menjadi pekerja yang berdedikasi, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada organisasi. Jika dilihat dalam pasaran kerjaya, itulah elemen utama yang akan dinilai ol...

Balik tabir Konsert - mengurus program dan protokol

Hmm.. tak sangka ramai yang berpusu-pusu meninggalkan komen di blog saya selepas saya memasukkan entri mengenai Konsert Amal Manis V yang berlangsung baru-baru ini. Topik hangat yang diperkatakan ialah siapa gerangan yang menjadi 'nakhoda' malam konsert itu yang disifatkan sebagai 'berjaya dengan cemerlang'. Tambahan lagi 'nakhoda' itu adalah seorang muslimah, lalu ramai yang tertanya-tanya siapa dia. Walau siapa pun dia, setinggi tahniah diucapkan kepadanya atas kejayaan melaksanakan tugas dengan baik di malam yang menjadi wadah dakwah Islami itu. Dan perlu diingat, SEMUA AJK program memberi sumbangan yang besar untuk menjayakan program tersebut terutama Ketua Pengarah DKI II, Saudara Kushairi. Sebenarnya persoalan siapa tidak penting, yang penting BAGAIMANA 'dia' dan seluruh team penganjur telah menguruskan program itu dengan jayanya. Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman yang dimiliki lantaran saya juga pernah memegang post yang sama ketika...

Tell me why

I accidentally found this video in youtube, which entitled 'the genius singer.' It's a great song sung by a boy. I'm not sure who he is, but his voice is just amazing and the song is very touching. I guess the title of this song is "Tell me why" as the boy repeat it several times. It's really a beautiful and meaningful song. Feel it...

Kisah untuk kita agar sentiasa beringat

Imej
Bumi milik Allah, di mana kita? Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi'ah. Ia meminta nasihat kepada Ibrahim agar dia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Dia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku nasihat dan cara yang terbaik untuk menghentikannya!" Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang ku berikan, Maka kau boleh melakukan maksiat."Tentu saja dengan penuh rasa keinginan nak tahu . Jahdar kembali bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?" SYARAT PERTAMA: Jika engkau melaksanakan atau melakukan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan Rezeki Allah," ucap Ibrahim. Mendengar itu Jahdar mengerutkan dahinya lalu berkata, "Lalu dari mana aku mahu makan? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?" "...

Dimensi Kesenian Islam II

Imej
Klik imej untuk besarkan ISIUKM dgn kerjasama NasyidFM Entertainment dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Konsert Dimensi Kesenian Islam. Maklumat mengenai konsert adalah seperti di bawah :- Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia ( DECTAR UKM ) Tarikh : 21 March 2009 / 24 Rabiul Awal 1430Hijrah Masa : 8 Malam Tiket : RM 6 Artis : Devotees, Far East, Inteam, Nice Slogan : Keamanan Sejagat Konsert ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana yang akan disumbangkan kepada saudara seislam di Gaza, palestin. Untuk pertanyaan lanjut dan untuk tempahan tiket anda boleh menghubungi : Fikhry : ( 019 367 1003 ) Fauzana : ( 019 366 1089 ) Sebarang Sumbangan Untuk Tabung Gaza Palestin Boleh dibuat melalui : Bank Islam : 12029010047880 Maybank : 562263010787

Konsert Amal Manis V UKM

Imej
InsyaAllah Konsert Amal Manis V sempena Dimensi Kesenian Islam II akan diadakan di Dectar, UKM Bangi pada 21 Mac 2009 nanti. Bakal menampilkan empat kumpulan nasyid tanah air; Inteam, Fareast, Devotees dan Nice, persembahan yang bertemakan "Keamanan Sejagat" pasti akan memberi kelainan buat peminat-peminat nasyid. Konsert ini merupakan kesinambungan Manis I, II, III dan IV yang pernah dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) sebelum ini. Jangan lupa dapatkan tiket anda untuk menyaksikan Konsert istimewa ini. Sambil berhibur anda juga boleh menderma kepada saudara-saudara kita di Palestin. Maklumat lanjut dan terkini sila lawati http://dki2isiukm.blogspot.com. Jumpa saya dan Devotees di KONSERT AMAL MANIS V NANTI!! =)

Rintihan Gaza, Ratapan jiwa mukmin

Imej
Saat ini bumi Palestin terus bermandi darah. Tika ramai manusia berpesta menyambut ketibaan tahun baru dengan percikan bunga api dan tawa ceria, warga Palestin menyambutnya dengan letupan bom roket di sini sana bersama ratapan dan tangisan. Laskar durjana Israel terus menggila merobek bumi Gaza tanpa sedikitpun belas ihsan. Bagi mereka nyawa itu tiada harga. Sehingga kini sekurang-kurangnya 400 nyawa telah terkorban dan kira-kira 2000 telah tercedera dalam serangan yang telah memasuki hari ketujuh. Di suatu penjuru Gaza di pagi yang hening, kerakusan Israel sudah tiada kenal perikemanusiaan. 5 orang kanak-kanak perempuan yang tinggal berhampiran masjid terbunuh dek bom roket zionis yang tiada bermata. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga mereka ditempatkan bersama para syuhada'. Itu hanya satu kisah kekejaman rejim zionis di bumi anbiya' itu yang tidak diketahui bilakah tiba penghujungnya. Kediaman dan bangunan musnah, bantuan ubat-ubatan dan makanan disekat, sekolah ...

Pembuka Bicara; bermula episod baru

Imej
Bismillahirrahmanirrahim..... Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt yang tidak putus-putus mencurahkan nikmatNya yang tidak bertepi. Salam sejahtera ke atas penghulu segala nabi dan rasul, Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat baginda. Esok tahun baru. 2009. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu yang baru. Lembaran baru. Azam baru. Target baru. Semuanya ingin diperbaharui. Barangkali saya juga dibawa arus pemikiran yang sama. Mahu yang baru untuk tahun yang baru lantaran tahun islam juga baru membuka tirainya. Blogging will be a new part of my life in 2009 . Ayat itu terdetik dalam minda bila saya memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk tahun baru. Selama ini hanya membaca dan melayari sekalian blog-blog yang ada di ruang maya. Apa kata saya mencuba untuk menulis pula walaupun tahap penulisan saya mungkin hanya di tahap Karangan BM untuk PMR (Sudah lama tak menulis karangan). Tapi apa salahnya mencuba dan berlatih. Orang putih kata ...