Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Show @ Melaka

InsyaAllah Devotees akan membuat persembahan di Dataran Pahlawan Melaka pada 14 November 2009 (Sabtu) bermula pada pukul 9 malam sempena program Inovasi dan Rekacipta Peringkat Kebangsaan. Persembahan terbuka untuk orang ramai. Semua orang Melaka di jemput datang beramai-ramai memeriahkan acara.

KEM SMART QURAN II

Imej
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Berlabuh tirai FNK 20 & Juara NMI 2009

Imej
30 oktober lepas telah berlangsung peringkat akhir Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) ke 20 dan juga Juara NMI yang dilangsungkan serentak di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sehari sebelum itu, peringkat saringan FNK untuk memilih 5 kumpulan terbaik sebagai finalis bagi setiap kategori nasyid tradisi dan moden telah diadakan. Di peringkat saringan, 12 kumpulan bertanding dalam kategori tradisi dan 11 kumpulan dalam kategori moden. Saingan di peringkat saringan cukup sengit kerana setiap kumpulan menampilkan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Agak sukar untuk meneka kumpulan manakah yang layak beraksi di pentas akhir. Setelah dinilai oleh para juri profesional, 10 kumpulan terbaik telah dipilih untuk melangkah ke peringkat akhir; 5 tradisi dan 5 moden. Kumpulan-kumpulan yang layak untuk kategori tradisi ialah Insyirah (W. Persekutuan), Nurani (Kem. Penerangan), Istaiqaza (Sarawak), Irhamnie (Melaka), dan Mustika (P.Pinang). Untuk kategori moden; Khami (W. Persekutuan)