Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Dapat saguhati pertandingan pantun jawi

Hari tu try masuk pertandingan mengarang pantun jawi anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Ternampak iklan kat dalam paper. Saja nak try walaupun dah lama tak buat pantun2 ni. Dulu ada la jugak berpantun time sekolah dulu2. Sekarang ni nak cari idea pun termenung jugak lah. Pertandingan ni tutup 30 November 2012 hari tu. Tapi tak tau la ramai ke tak yang masuk, sebab submit pun guna email je. Tup2 dapat call dari PNM, "Anda salah seorang pemenang saguhati" hehe. A lhamdulillah ok la tu, rezeki. G ood try. Jom baca pantun2 yang saya buat. Tema pertandingan ni "Tulisan Jawi citra Keunggulan Budaya Melayu". Tengok korang boleh baca tak dalam jawi hehe.  ١ لابوه سمڤن تڤين موارا   سهارين منجالا ايكن دوري ايوه وطن ڤنچينتا بڠسا مرتبتكن سمولا توليسن جاوي ٢ تريق منتاري كناڠا لايو   تومبوه ملاتا ميره كونتومڽ توليسن جاوي ڤوساك ملايو واريثن برهرڬ تيڠڬي نيلايڽ ٣ ڤوهونن جاتي تومبوه منيڠڬي تمڤت ڤرماءينن سي انق دارا توليسن جاوي لمبڠ جاتي ديري