Lepas show kat Jom Heboh 30-31 Mei lepas, tak sempat lagi nak update blog ni sebab melalui minggu yang paling busy. Sibuk nak mengejar dan dikejar deadline yang berlambak-lambak. Anyway, alhamdulillah show di Jom Heboh, Danga Bay Johor Bahru berlangsung dengan jayanya. Walaupun cuaca agak panas dan meletihkan, namun pengunjung yang ramai memeriahkan booth Kota Ilmu menyuntik semangat untuk terus melayan kunjungan mereka. Devotees diberi tugas untuk menarik orang ramai untuk berkunjung ke booth Kota Ilmu yang dibawa khas oleh Jabatan Dokumentari Islam TV3. Antara rancangan terbitan mereka ialah Al-Kulliyyah, Al-Hidayah, Jejak Rasul dan lain-lain. Soalannye ialah... Sape cepat die dapat! Kat belakang tu mewarna elok2 ye! Sepanjang 2 hari berada di Kota Ilmu, macam-macam aktiviti yang kami kendalikan untuk semua pengunjung. Kuiz mengenai sirah para Rasul mendapat sambutan hangat sebab soalan-soalannya semua senang-senang. Adik-adik kecik hingga la ke pakcik-pakcik berebut nak jawab soala...