Ramadhan 1430h
Salam Ramadhan kareem untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian yang lebih bermakna untuk diri kita. Di bawah saya petik artikel Ustaz Zaharuddin untuk panduan kita bersama. Semoga bermanfaat. MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:- 1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari . 2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana) . Nabi SAW bersabda : " Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770). Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). Sela...