Makan Besaar
Alhamdulillah..masih terasa lagi keenakan nasi mandy juadah dari Lubnan yang selesai disantap tengahari tadi sempena 'makan-makan' Ez Qurban. Restoran Al Rawsha yang menyajikan Lebanese Cuisine di Jalan Damai KL menjadi lokasi pilihan. First time pegi situ. Tempatnya agak tersorok tapi kalau tanya orang Bangladesh, diorang mesti tau tempat tu sebab bersebelahan je dengan Kedutaan Bangladesh. Kami memilih bilik yang disediakan di tingkat atas restoran yang memang dikhaskan untuk pelanggan berkumpulan 20-30 orang. Kusyen tempat bersila ala-ala arab disediakan dalam bilik tu. Makan pun kat atas lantai je, baru ada feel. Restoran Al-Rawsha Menu kat Al Rawsha memang banyak. Kalau nak pilih memang rambang mata sebab rasa macam nak try semua yang ada. Atas recommendation , Lamb Mandy dan Chicken Mandy menjadi hidangan utama. Dihidangkan bersama yogurt putih, sambal masam (tak tau nama) dan kuah dal macam nasi beriyani, kombinasinya memang menusuk selera. Jus mangga yang pekat da...