Konichiwa Osaka II
14 Mac 2011 Hari kedua kami di Osaka. Suhu hari ini dijangka tidak terlalu sejuk, belasan darjah celcius. Tapi baju tebal kena pakai juga. Hari ini kami berjalan ke destinasi kedua selepas makan tengahari dan solat jamak zuhur dan asar untuk memudahkan perjalanan. Maklumlah di Jepun bukannya ada surau atau masjid yang mudah dijumpai. Destinasi yang dituju ialah Kyoto. Kami menaiki bas berhampiran Manekiya Supermarket menuju ke Senri Chuo stesen. Tambangnya 210 yen. Bas di sini sangat efisien dan punctual. Pemandunya pula berpakaian seperti pilot kapal terbang dan kelihatan profesional. Ditambah lagi dengan microfon kecil yang dipakai untuk membuat announcement. Setiap kali ada penumpang masuk, pemandu akan meminta penumpang berhati-hati dan yang paling menarik, tiap-tiap penumpang yang keluar dari bas akan diucap arigato gozaimasta. Maka sepanjang perjalanan akan terdengar ucapan arigato berkali-kali. Bagus kan. Dalam bas, bersih dan kemas Sampai di Senri Chuo, kami menaiki s...