Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Bahagia dan Tenang

Imej
Kadang-kadang kita rasa down bila menghadapi sesuatu masalah. Ya, masalah itu lumrah dan akan sentiasa datang dan pergi. Habis satu masalah datang lagi masalah dan akan terus begitu hingga kita menutup mata. Itulah kehidupan di dunia. Namun kita amat mengharapkan agar kehidupan di sana tidak 'bermasalah', insyaAllah dengan usaha dan doa dari kudrat hamba yang amat dhaif lagi kerdil.  Saya sering membuka video di bawah untuk menyuntik ketenangan pada setiap pagi sebelum memulakan kerja. Lepas menonton dan mendengarnya, hati lebih lapang dan tenang. Pudar sedikit rasa-rasa gusar dan kecewa (jika ada). Kerana benarlah, kita manusia sering tersalah sangka tentang erti tenang dan bahagia yang sebenar. Memandang benda-benda duniawi sebagai ukuran kebahagiaan. Namun yang hakiki bahagia itu ada pada jiwa yang dekat pada DIA Al-Mutakabbir (Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran). Dan dalam kalamNya, sudah jelas termaktub bagaimana ketenangan yang hakiki itu diperolehi.

C.I.N.T.A

Imej
C uba kau selami erti cinta I ndah bila hadirnya mengulit jiwa N adi yang berdenyut terasa kehangatannya T ak terhenti walau sedetik cuma A nugerahNya yang nian bermakna C inta itu amat tulus nan suci I mpian fitrah pada tiap nurani N afsu nafsi bukan matlamat dicari T etapi hanya redha Rabbul Izzati A llah Yang Maha Mengasihani C eritalah kepada mereka I mpian cinta adalah bahagia N amun bukan sekadar mainan bicara T api harapan yang lahir dari lubuk jiwa A manah dalam melayari bahtera C inta yang kukuh terpateri I barat lagu dan melodi N atijahnya tercipta bahagia yang diimpi T eguh istana kasih sejati A zimat menuju syurgaNya yang abadi mmt: Sekadar nukilan di petang yang terluang, bukan jiwang. ;)

Motivasi Daripada Al-Quran: Syukur

Imej
Ketika kita baik mahupun ketika kita jahat, ketika kita ingat mahupun ketika kita lalai, ketika kita kuat mahupun ketika kita lemah, nikmat daripada Allah SWT tak pernah putus. Subhanallah... Maha Pemurahnya Dia kepada kita. Mampukah kita mengira berapa liter oksigen kah yang sudah kita hirup selama ini? Mampukah kita menghitung berapa butir beras yang sudah kita makan selama ini? Itu secebis kecil daripada nikmatNya cuma. Soalan itu terjawab dalam kalamNya ini. klik untuk besarkan Lalu, masih lekakah kita yang daif ini pada nikmatNya yang infiniti banyaknya itu? Syukur atau kufur dua jalan pilihan yang terletak di tangan kita. Lantas jalan manakah yang kita turuti? Ada janjiNya buat dua jalan itu dalam kalamNya ini. klik untuk besarkan Agar lurus hati ini, jua agar tak goyah iman ini dalam mensyukuri kurnia nikmatNya yang tak berhenti dan tak bertepi. Munajat ini terkandung dalam kalamNya buat pedoman diri untuk bermohon kepada Dia yang Maha Mendengar. Moga-moga men

Motivasi Daripada Al-Quran: Ujian

Imej
Dalam kehidupan ini, kita sering inginkan motivasi untuk menaikkan semangat diri, motivasi untuk mengubati kekecewaan, motivasi untuk memantapkan usaha, motivasi untuk berjaya dan lain-lain tujuan yang membawa kebaikan. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapat motivasi, membaca buku-buku motivasi best-seller , hadir ke program-program bina diri, berjumpa dengan motivator-motivator yang hebat dan banyak lagi. Namun, kadang-kadang kita terlupa (manusia itu memang pelupa) bahawa Allah SWT adalah motivator kita yang terhebat!  Termaktub dalam kalamNya di dalam Al-Quran begitu banyak sekali ayat yang memberi motivasi dan inspirasi kepada kita dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Jom sama-sama kita meneliti tiap-tiap helaian Al-Quran dan merenungi terjemahannya untuk kita peroleh motivasi di kala senang mahupun sukar. InsyaAllah saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua Motivasi Daripada Al-Quran (MDQ) yang memaparkan ayat-ayat daripada Al-Quran yang jelas maksudnya dan terkandun