Pembuka Bicara; bermula episod baru


Bismillahirrahmanirrahim.....
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt yang tidak putus-putus mencurahkan nikmatNya yang tidak bertepi. Salam sejahtera ke atas penghulu segala nabi dan rasul, Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Esok tahun baru. 2009. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu yang baru. Lembaran baru. Azam baru. Target baru. Semuanya ingin diperbaharui. Barangkali saya juga dibawa arus pemikiran yang sama. Mahu yang baru untuk tahun yang baru lantaran tahun islam juga baru membuka tirainya. Blogging will be a new part of my life in 2009. Ayat itu terdetik dalam minda bila saya memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk tahun baru. Selama ini hanya membaca dan melayari sekalian blog-blog yang ada di ruang maya. Apa kata saya mencuba untuk menulis pula walaupun tahap penulisan saya mungkin hanya di tahap Karangan BM untuk PMR (Sudah lama tak menulis karangan). Tapi apa salahnya mencuba dan berlatih. Orang putih kata "practice makes perfect" kan.

Sebelum mengucapkan selamat tinggal 2008, mari kita bermuhasabah tentang diri kita. Apa yang telah kita lakukan sepanjang 365 yang lalu. Apakah sudah tercapai azam yang diimpikan? Apakah kita sudah menjadi lebih baik daripada tahun yang terdahulu? Adakah kita masih lagi di takuk yang lama atau lebih teruk daripada itu? Tepuk dada tanyalah iman. Nilailah diri kita sendiri kerana kitalah yang paling mengenali diri kita. Titik-titik hitam yang berlalu biarkan ia pergi jauh dan kita usah lagi berpaling ke arahnya. Berserahlah pada Rabbul jalil yang maha Pengampun lagi maha Mengasihani. Sinar masih ada selagi kita masih bernyawa. Kehidupan yang dimiliki hanya pinjaman sementara yang entah bila akan diambil oleh empunyanya. Pahit dan manis sepanjang kita melalui tahun 2008 mungkin telah mengajar kita menjadi lebih dewasa, lebih kenal erti kehidupan, dan lebih mengerti apa tujuan kita dicipta di atas muka bumi ini.

Impian yang agung. Cita-cita terulung. Kejayaan yang tidak memerlukan kejayaan yang lain. Sebutlah apa sahaja frasanya. Jika kita menginsafi kita hanyalah hamba kepada yang Esa, semua frasa itu maknanya hanya satu; PERTEMUAN TERAGUNG BERSAMA PENCIPTA DI SYURGA-NYA. Allahuakbar!!!! Hati menangis memikirkannya. Layakkah aku? Mampukah aku? terpilihkah aku?

"Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang hina ini Ya Allah. Aku tidak layak masuk syurgamu. Namun aku tiada upaya menghadapi seksa nerakaMu. Kurniakanlah ampunanMu kepadaku. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Amin Ya Rabbal A'lamin..."

SELAMAT TAHUN BARU BARU 1430H DAN 2009M!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam maal 1430 hijrah dan selamat tahun baru 2009 :)
Tanpa Nama berkata…
salam Maal Hijrah 1430..
Tahniah kmunculan blog!hehe..
Tanpa Nama berkata…
salam maal hijrah 1430;
selamat tahun baru 2009.
selamat berblogging!
;)
qurainieع berkata…
assalamualaikum?salam thn baharu 2009...salam ziarah ke blog abg.mad...klu ada ms jemput ke blog saya pula abg.mad...(",)
Tanpa Nama berkata…
Assalammualaikum,tahniah atas kelahiran blog sempena maal hijrah 1430H dan tahun baru 2009.Catatan dari refeksi diri yg lahir dari jiwa dan akan jatuh ke jiwa juga.Sangat menyentuh..Moga terus dikurniakan ilham utk meneruskan misi. Amin
Tanpa Nama berkata…
salam ziarah..
u've got 5 comments in ur first entry..
permulaan yg bagus..
selamat berblogging..(^_^)

salam maal hijrah 1430H n selamat tahun baru 2009
muhammad berkata…
terima kasih semua kerana sudi mengunjungi blog saya. terima kasih atas sokongan dan dorongan. May Allah bless u all.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualikum...
bagus la ada blog....
wlpn pun tidak selalu ctct tp dapat tau juga perkembangan ko di sana....
rindu bah mau jumpa kawan nie....
oklh selamat tahun baru...rasa blh terlambat lagi...heheheh

ada masa pi juga di blog sy...jundi004.blogspot.com tapi buruk aja...
Tanpa Nama berkata…
salam...
moga anta dapat memuatkan bnyk lg mutiara hikmah@ilmu yg dpt dikongsi bersama...
selamat maju jaya
http://jamilatulwardah.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Cukuplah Allah bagiku