Bom! Bom! Bom! Kedebom!

Di Gaza banyak bom
Bom sana bom sini
Hari-hari dengar bunyi bom
Hari-hari ada letupan bom

Rumah kena bom
Sekolah kena bom
Kereta kena bom
Hospital kena bom
Orang pun kena bom!

Banyak mati kena bom
Banyak luka kena bom
Banyak duka kerana bom
Banyak kebulur angkara bom

Tengah makan takut dibom
Tika tidur takut dibom
Sedang jaga takut dibom
Tiap saat takut dibom

Yang bom itu sudah gila
Tiada lagi jiwa manusia
Bom jadi mainan suka
Untuk bagi Gaza derita

Di sini bom tak ada
Hanya roti bom yang ada
Syukur masih aman sentosa
Tolonglah doa pada mereka

Moga musnah dibom laskar rejim
Dengan bom para mujahidin
Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim
Moga aman negeri Palestin

Amin Ya Rabbal Alamin....

Ulasan

Sarah Azizul berkata…
muhasabah diri bila baca bom kedebom. kita aman..depa resah. kita tenang depa gelisah.
Tanpa Nama berkata…
I've linked my blog to mine. May i have your email so that i can invite you as one of the readers for my blog. Hehehe!


P/S: Mamat, kalo ko tak bg haku repot kat naimah bekas ahli kumpulan design ko yg poyos..hahaha!
Tanpa Nama berkata…
* my blog to mine.. wording error..

it's..

YOUR blog to mine!
Tanpa Nama berkata…
muhammad,
kritis & kreatif juga muhammad menulis sajak ni.. cikgu tak terfikir pun. Tadi di ipg, kami ada majlis forum maal hijrah dan kupasan isu palestin..memang menarik & sgt tersentuh kami. lebih menarik jika sajak ni juga dibaca ya...
Tanpa Nama berkata…
muhammad,
kritis & kreatif juga muhammad menulis sajak ni.Tadi di ipg, kami ada majlis forum sambutan maal hijrah & isu palestin.kupasannya sgt menarik & menyentuh kalbu. lebih menarik jika sajak muhammad ni dibaca sekali....
muhammad berkata…
Ed, my email muhammadmt@gmail.com. Cikgu,idea buat sajak ni dtg tiba2. Geram sangat dengan israel jahat tu.

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Cukuplah Allah bagiku