Tempat jatuh lagi dikenang
Sudah lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu yang panjang di blog ini. Maklumlah kadang-kadang dihimpit tugasan kerjaya utama dan kedua, ditambah lagi 'tempahan' karya yang tiba-tiba datang 'berguni-guni' (hehe taklah banyak mana pun). Apapun, kali ini saya terdetik untuk bercerita mengenai tanah tumpah darah saya, sebuah daerah di lembah pergunungan Crocker; Ranau, di negeri Sabah di bawah bayu. Tiba-tiba hati ini digamit kerinduan pada daerah asal yang melakar jutaan memori suka dan duka. Rindu pada pemandangannya, rindu pada kedinginan udaranya, rindu pada sahabat-sahabat lama, rindu pada keenakan makanannya, rindu pada segalanya. Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Di daerah inilah saya dilahirkan, dibesarkan dan dididik menjadi seorang 'manusia'. Alhamdulillah.
Biar saya ceritakan sedikit latar belakang daerah ini. Ranau terletak kira-kira 120 km dari Kota Kinabalu dan perjalanan ke situ mengambil masa kira-kira 2 jam. Ranau merupakan sebuah daerah yang dikelilingi bukit-bukau yang menghijau dan di daerah inilah terletaknya puncak tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu yang memukau pandangan mata. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau akan melalui jalan raya bengkang-bengkok di lereng-lereng bukit. Pemandangan hijau dan indah banjaran Crocker menjadi sajian mata sepanjang perjalanan. Di waktu petang dan malam sepanjang perjalanan biasanya akan dilitupi kabus yang tebal dan jarak pemandangan hanya kira-kira 20-30 meter. Daerah ini terkenal sebagai tempat pelancongan popular di negeri Sabah kerana mempunyai banyak tarikan pelancong, antaranya Taman Negara Kinabalu yang merupakan tapak warisan dunia Unesco, Poring Hot Spring, Ladang teh Sabah, Kundasang dan macam-macam lagi. Majoriti masyarakatnya berketurunan Dusun, dan agama anutan mereka adalah Islam dan Kristian. Begitulah serba sedikit mengenai daerah asal saya ini. Memang saya berasa amat sedih kerana 2007 menjadi tahun terakhir saya di sana setelah 22 tahun menetap di sana. Masa menentukan dan telah ditakdirkan tibanya saat perpisahan. Biarpun Ranau telah saya tinggalkan, namun saya tetap menganggap Ranau adalah kampung halaman saya dan tempat asal saya yang tak akan pernah luput dari ingatan.
Di situlah tempat saya mengenal erti hidup. Dari seorang bayi yang tidak tahu apa-apa sehingga menjadi seorang mahasiswa. Terlalu banyak nostalgianya. Rumah kuaters guru SMK Mat Salleh menjadi tempat berteduh selama 18 tahun dan rumah tingkat 2 di kampung Lingkudau bertentangan dengan puncak Kinabalu yang sayup di pandangan menyimpan kenangan selama 4 tahun. Masjid ArRahman Ranau menjadi saksi seorang kanak-kanak belajar mengeja dan membaca AlQuran. Disitulah rumah kedua saya ketika meniti usia kanak-kanak. Masih terbayang-bayang dan terngiang-ngiang saat menjejakkan kaki di Taski Al-Arqam pada usia 5 tahun. Seterusnya ke Tabika Kemas bertentangan padang daerah yang mencatat seribu nostalgia manis. Kemudian, langkah ilmu diatur ke Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau yang memahat pelbagai kisah kejayaan. Sampai sekarang saya masih hafal lagu rasmi sekolah ini. Paling erat dalam ingatan, kehidupan penuh suka duka di SMK Agama Ranau (SEMEKAR) yang amat dirindui. Sekolah di lereng bukit berteman rimba nipis yang indah itu menyimpan memori yang tak terhilangkan. Di situlah saya membesar menjadi seorang remaja yang matang dalam menilai kehidupan, memahami erti persahabatan, menghargai saat kecemerlangan, dan pelbagai lagi plot-plot hidup yang penuh makna. Kawan-kawan rapat yang amat menyenangkan, rakan-rakan sebilik yang 'sporting', guru-guru yang banyak membantu, senior junior yang 'best'. Semuanya masih kukuh terpahat di minda. Kadangkala terasa diri ini ingin kembali ke zaman sekolah. Tapi apakan daya itu mustahil; hidup perlu terus. Masih segar di ingatan bilik-bilik asrama, kolah tempat mandi, kelas tempat belajar, padang tempat bermain, lorong pintas keluar ke pekan Ranau, Surau tempat beribadah, sungai kecil tempat mandi bila tiada air. Huh.... seronoknya kalau dapat kembali ke zaman itu.
Masa berlari dan terus berlari. Sedar tak sedar sudah setahun tiga bulan saya meninggalkan Ranau. Begitu pantas waktu berlalu, namun Ranau tidak pernah luput dalam ingatan. Kalau hendak dicatatkan semua kisah suka duka selama 22 tahun di sana, tak terdaya tangan ini menaip ceritanya yang terlalu panjang. Cukuplah ia tersimpan rapi di minda. Yang pasti I'm proud to be Ranauian, I'm proud to be Sabahan and definitely I will be coming back to you, Ranau.....

Ulasan
Tersentuh membaca nostalgia Muhammad di Ranau. Sematkan ianya dalam hati & jiwa raga agar ia terus terpahat dan segar. Kata Ahli Terapi dan Pakar Psikologist, kalau kita nak sihat selalulah membawa sentuhan kenangan silam di "kg halaman" dan melalui 'denai' yang pernah kita lalui semasa zaman kanak2 & remaja.Memang Muhammad, kali pertama menjejaki Ranau mmg terasa 'keheningan' & 'kesyahduan'nya. Kedinginan malam dan kesyahduan suasana subuh & pagi , haruman bunga di sana terus dirasai hingga kini semasa di Pine Resort. Alangkah indahnya hamparan bumi & binaan langit ciptaan ILLAHI.Moga dikurniakan ALLAH utk terus 'menziarahinya' dan 'keni'mati' keindahan ciptaanNya.Amin. Tkasih berkongsi pengalaman...
subhanallah..Maha Suci ALLAH...
Kenangan di kg halaman mmg memberi 1001 memori yang sukar utk dilupakan..di sana kita belajar dan mengenal erti hidup... mendidik kita menjadi insan yang lebih matang dan dewasa..Simpanlah ia supaya menjadi nostalgia terindah dalam hidup awak.Anggaplah penghijrahan awak ke semenanjung sbg suatu rahmat ALLAH supaya awk blh kutip lbh byk ilmu n pengalaman..apa yang pasti, ada hikmah yg tersembunyi di sebalik ujian ALLAH ini..wassalam..balkyis..
-salam badiuzzaman
Jatuh...
Bngun perlahan..dan mula bergerak..
Semuanya akan bergerak..
Moga kenangan ini mampu bergerak ke lapangan karya..
Nah...ku bangga mendengar ada juga Insan merasa bangga dengan negeri termiskin ini..opps masalah umat semakin mnitiskan air mata juga...
namun, Aku ttp bangga dicelah2 kmiskinan..(tidk mlampau jika ku katakan 10 thn trkebelakang)..
Sabah tidak pernah tandus dgn bakat2 begini..
p/s; nnt cuba ubah lirik Sayang Kinabalu...siok gilak lagu tu..Segala permukaan kampung ada dibayangan..
-Selamat berkarya-
Saya dapat rasa kan bagaimana perasaan muhammad sekarang.Saya juga seperti Muhammad.Dilahirkan di Sabah.Namun berasal di semenanjung.JUga mcm Muhammad.sudah hampir beberapa thn kembali ke negeri asal.Memang rindu sgt sabah.huhuuhu...Excited sangat bile cite psl sabah.Muhammad letak a lg cite psl sabah..hehhehhe..
hai akhi muhammad..lama tak dgr kabar..sihat?aik,rindu sabah nmpk..nape tak balik?erm,cntik la kg halaman akhi..kalo ain& femly gi sna,leh tak jadikan umah akhi tmpt penginapan kmi?(^_^)
p/s:pEace nO WaR. FuLL OF GrEEn sCeNeRy.caya lah!