Penat masih terasa. Baru saja balik dari Langkawi semalam selepas habis tugasan di Lima 2009. Sebelum itu, pada 26 hingga 30 Oktober 2009 saya dan rakan-rakan Devotees berada di Phnom Penh Kemboja untuk menjayakan persembahan khas sempena Hari Raya Eidul Adha. Kembara ke bumi Kemboja kali ini lebih bermakna kerana turut disertai rombongan Kembara Korban anjuran IKIM FM dan EZ Qurban. Pada 26 Oktober, kami berlepas ke Kemboja kira-kira hampir jam 4 petang dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia. Tiba di Phnom Penh 1 jam 45 minit kemudian disambut oleh bos Ez Qurban, Ustaz Azhar. Rasa bersyukur kerana masih diberi peluang menjejakkan kaki untuk kali ketiga di situ. Kami terus menaiki bas mini untuk ke Chrouy Meteri, sebuah perkampungan Islam di pinggir Sungai Mekong. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dan kami sampai di saat waktu solat Isyak sudah pun tiba. Gembira dapat berjumpa lagi dengan saudara Rozali, sahabat kemboja yang sudah setahun tidak bertemu. Perut sudah berbunyi min...