Foto-foto berikut diambil di waktu pagi selepas waktu subuh. Panorama indah Sungai Mekong ini dirakam di kampung Chrouy Meterei Kemboja. It's amazing! SubhanAllah!
Allahumma Ya Rahman Ya Rahiim, Segala pujian untuk-Mu Ya Allah, sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Alam Sekitar dan Air pada hari ini, kami menadah tangan memohon rahmat, keampunan dan keberkatan serta petunjuk-Mu. Bimbinglah kami agar sentiasa berada di jalan yang lurus dalam naungan taufik dan hidayahMu. Perbaikilah setiap urusan kami. Hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan. Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan, kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dan keberkatan untuk negara kami yang dikasihi, pemimpin-pemimpin yang ikhlas berbakti, serta seluruh rakyat di serata negeri. Ya Allah, berilah kami keikhlasan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah yang telah diberi kepada kami. Jadikanlah kami insan-insan yang sentiasa menghulurkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi dan efektif, agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi kami dan perkhidmatan awam secara umumnya, demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Ya Allah, tanamk...
Teks doa yang boleh digunakan untuk majlis-majlis rasmi di Kementerian/Jabatan Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Sempena Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air pada hari ini, kami menadah tangan memohon keampunan dan keberkatan daripada-Mu. Kami memohon daripada sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada kami nikmat kestabilan, keamanan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami daripada segala keburukan, musibah yang berat, kesengsaraan dan kemungkaran. Kami pohonkan juga ya Allah, limpahkan rahmat, taufik dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin kami, barisan penjawat awam dan seluruh rakyat negara yang tercinta ini. Mantapkanlah semangat dan keazaman kami dengan penuh kesabaran dan tawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara, agama dan bangsa, di bawah riayah dan naungan-Mu....
Hari Kelima [4 Julai 2011] Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik seperti yang diramalkan. Destinasi hari ini semestinya lokasi yang terkenal dengan drama Winter Sonata, Nami Island! Perjalanan hari ini agak jauh sebab Nami Island bukan di dalam area Seoul, tapi terletak di Gyeonggi province. Dari Sinchon kami menaiki tren ke stesen Wangsimni, lepas tu tukar Jungang line untuk ke stesen Mangu. Di stesen Mangu tukar lagi line Chuncheon untuk ke Gapyeong. Gapyeong ni adalah sebuah daerah countryside yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Di area Gapyeong lah inilah Nami Island terletak. Perjalanan sepanjang ke Gapyeong dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah. Bukit bukau yang menghijau & sungai yang mengalir tenang memberi santapan mata yang memukau pandangan, mengingati pada kekuasaanNya. Dalam tren ke Gapyeong Tiba di stesen Gapyeong, kami menaiki bas untuk ke jeti Nami Island. Sampai di jeti, kami menaiki feri yang diberi n...
Ulasan
hehe..
v(^_^)v