Susahnya nak berubah


Berubah. Satu perkataan yang cukup ringkas. Mudah dituturkan dengan lidah, malah mudah untuk dicanangkan strategi atau teori untuk merealisasikannya. Namun realitinya berubah itu susah dan bukan sesuatu yang mudah. Prosesnya umpama mendaki gunung yang penuh dengan halangan dan cabaran. Andai gagal mengharungi denai yang curam dan licin, pasti terjatuh semula ke gaung takuk yang lama. Dalam perjalanan hidup setiap manusia, pastinya pernah menempuh pengalaman ingin melakukan perubahan. Dari miskin kepada kaya. Dari malas kepada rajin. Dari jahat kepada baik. Macam-macam jenis perubahan yang ingin dilakukan. Hakikatnya tidak ramai yang berjaya menawan puncak perubahan yang diingini. Bacalah sebanyak mana buku motivasi untuk berubah, atau hantarlah motivator terbaik di dunia sekalipun, perubahan yang diingini tidak dijamin mencapai matlamatnya. Jadi, bagaimana untuk berubah? Tepuk dada tanya iman...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
berubah???erm...mmg sukar...mmungkin mudah utk berubah tapi sukar untuk mengekalkan perubahan yg dilakukan...
Tanpa Nama berkata…
Bulatkan tekad, dan betul2 bersihkan niat kita untuk berubah hanya kerana Allah, insya Allah boleh!!

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Cukuplah Allah bagiku

MANIS yang manis!