Summer in Seoul Part IV

Hari Kelima [4 Julai 2011]


Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik seperti yang diramalkan. Destinasi hari ini semestinya lokasi yang terkenal dengan drama Winter Sonata, Nami Island! Perjalanan hari ini agak jauh sebab Nami Island bukan di dalam area Seoul, tapi terletak di Gyeonggi province. Dari Sinchon kami menaiki tren ke stesen Wangsimni, lepas tu tukar  Jungang line untuk ke stesen Mangu. Di stesen Mangu tukar lagi line Chuncheon untuk ke Gapyeong. Gapyeong ni adalah sebuah daerah countryside yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Di area Gapyeong lah inilah Nami Island terletak. Perjalanan sepanjang ke Gapyeong dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah. Bukit bukau yang menghijau & sungai yang mengalir tenang memberi santapan mata yang memukau pandangan, mengingati pada kekuasaanNya. 

Dalam tren ke Gapyeong

Tiba di stesen Gapyeong, kami menaiki bas untuk ke jeti Nami Island. Sampai di jeti, kami menaiki feri yang diberi nama Nami Maid. Perjalanan menaiki feri mengambil masa kurang dari 10 minit. Sampai di Nami Island bermula la pengembaraan menikmati keindahan alam yang menenangkan. Saya tak nak cerita panjang2, tengoklah gambar2 di bawah ye. 

 Nami Maid, feri ke Nami Island


 Tiket Nami Island, ada bendera Malaysia kat belakang tu

Dah sampai, Nami Island dikelilingi Sungai Han

Pokok daun merah di musim summer

 Nami mempunyai teres-teres pokok yang cantik tersusun

Tenangnya berehat di sini

Teduh

 Jambatan unik

Gambar-gambar Nami Island di pelbagai musim, I wish it's autumn

 Pokok-pokok condong meneduhi walkway

Hijau

Winter sonata statue

 Winter sonata gallery

 Winter sonata lagi

Teres pokok lagi 

Berbasikal keliling pulau, sejam rasa macam 10 minit je

Menghayati panorama Sungai Han

Lompatan gembira setelah habis keliling Nami Island

Seharian di Nami Island memang penat. Tapi sangat puas sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya. Mungkin suatu hari nanti akan kembali lagi ke sini, tapi pada musim autumn yang sangat indah insyaAllah. Sape nak ikut? hehe..

Petang itu kami terus balik ke guest house kerana seorang daripada kami akan balik ke Malaysia malam itu. Malam kami merayap ke Myeong Dong untuk sesi shopping yang terakhir. Sangat meriah dan happening kat situ. Kalau perempuan kaki shopping memang heaven. Macam-macam ada. Baju, kasut, gadget, kosmetik, makanan dan banyak lagi. Selesai shopping, terus balik untuk merehatkan diri. 

Hari terakhir di Seoul, kami sekadar berjalan-jalan di sekitar Sinchon. Sempat singgah di Yonsei University, merasai kehidupan kampus dan menikmati ice blended murah dan sedap. Singgah juga di Sigang University. Kawasan Sinchon saja ada 4 buah universiti. Universiti khas untuk wanita pun ada. 

 Yonsei University

Bangunan utama Yonsei University

Sekian saja catatan kembara Summer in Seoul. Satu kembara yang tak mungkin dilupakan. Satu kembara yang memberi pelbagai pengalaman. Satu kembara yang mencetus pelbagai inspirasi. Sehingga ke kembara yang seterusnya. Di mana? jeng jeng jeng. Nantikan.....



mmt: thanks semua yang sudi baca. sila lah melancong ke Korea, saya boleh jadi tourist guide hehe =)

Ulasan

Soul Seeker berkata…
fuh gambar mmg cantiklah abg mat. mmg tempat yg romantik utk lovely couple. =P
redzx berkata…
pic cun²nih... bila nk repeat? hehehe
muhammad berkata…
yes tempat yg romantik. nak honeymoon sesuai.hehe

nak repeat apa redzuan?
Unknown berkata…
kenapa minat autumn jugak?



kenapaaaaaaaaaaaaa???








hahahhh tak puas ati
Jo Kwang Min berkata…
bestnye.....mcm saya lak yg pi.....gmbr semua cntik2.....
muhammad berkata…
bunbun awat tak puas hati?
mesti la suke autumn..cantikkk
amateurwriter berkata…
Salam,nk tye ckit..agakye bpe kos k'sluruhan g sana ye?
i-syah berkata…
bestnyer dpt pi korea..!!..jelous2x..rase mcm nk pi korea skrg jugak...huhu..tour guide please:)
NUR FARIZA UMAIRA berkata…
tgok gmbr je pun dh terpaut.. hihi.. mmg best la kalo dpt g sana.. rimbunan pepohon 2 sejuk je mata memandang & dpt release tension skali..
Nadzirah berkata…
Cantik...Indah...sukanyaa...thanks for sharing, :-). Yupe..must be lovely kalau dapat visit during autumn, or spring, :-). Saya suka sejuk, kalau winter sejuk sangat kot..

p/s: Suka gambar melompat tu..cute, ;-). Muhammad nampak macam Super hero Jepun pulak. And Adi sangat cute, ;-)
safirah berkata…
salam,mmg nak kena bg encik muhammad jadi tour guide neh.nm tempat yg pelik2.sy ni dah lah suka sesat.kat shah alam ni pun boleh sesat.ini kan nak kesana.boleh ya jd tour guide.hehe..
e.khadijah berkata…
emm,,suka sgt tengok gambar y pokok2 condong meneduhi walkway. cantik sgt(",)

harap2 tak sesat la kalau abg mad y jd tourist guide nanti.hehe:-)

lps ni plan nk g melancong kt mana pulak?
NoR AmIRaH NoRdIN berkata…
Subhanallah...
indahnye ciptaan tuhan...
sume picture cantik sgt...
klu everyday dpt tgk pemandangan mcm ni mesti seronok...aman n tenang je...(^,^)
hmm..beshnye klu dpt wat wedding reception kt Nami Island ni...
hehehe...(*,^)
Nurulisa berkata…
best nya korea...winter sonata, drama zaman skolah...perasan sekajap jd heroin dlm tu..tp serius...subhanallah, mmg cantik tmpat tu...
jeles thp dewa.takpe,lain kali kite pergi,kite amek pic yg lagi cun dr kamu punya.

*ba,sponsor pls~*
cik lebah berkata…
bestnyer.. teringin nak pergi korea..
saya suka :) cantik tempat ne.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Cukuplah Allah bagiku