Cukup cukuplah...

Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Betul kan kan kan? Sememangnya kita  sentiasa berkeinginan terhadap sesuatu kerana adanya nafsu yang mendorong dalam diri kita. Tambah-tambah lagi bila tengok kawan-kawan ada sesuatu yang baru, kita pun nak jugak. Dah ada phone Nokia, nak iPhone 4, dah ada iPhone 4 nak iPhone 5 pulak. Dah ada laptop nak iPad. Dah ada motor nak superbike. Tak habis-habis. Ish ish.. Itulah kelemahan kita sebagai manusia biasa yang punyai keinginan dan kehendak yang tak berkesudahan.

Jadi kepadaNya jualah kita memohon agar diri kita sentiasa cukup dengan apa yang kita miliki. Itulah yang dipanggil sebagai sifat qanaah, berasa puas dengan apa yang ada. Namun qanaah bukan bererti kita malas atau sambil lewa dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup dengan apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Tiada rasa bimbang, kecewa, putus asa dan marah sekalipun rezeki yang diperolehi tak seberapa. Dan itulah kaya sebenar kerana kualiti jiwa tak tergugat dengan kuantiti harta.

Mari amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w di bawah ini, agar hati dan diri kita ditiup dengan sifat qanaah:



Menurut Imam Nawawi, kekayaan (ghina') yang dimaksudkan dalam doa di atas adalah kaya hati (jiwa) yang tidak bergantung kepada manusia dan apa-apa yang ada di tangan (di sisi) mereka. Malah jika kehilangan sesuatu, mereka tidak terhenyak dengan kesedihan.

Imam Nawawi juga mengatakan, “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. Kerana barangsiapa yang terus mencari dalam rangka untuk menambah, ia tentu tidak pernah merasa puas. Sebenarnya ia bukanlah orang yang kaya hati."



mmt: mari berusaha jadi kaya. kaya di dunia, kaya di sana. =)

Ulasan

SNS berkata…
Alhamdulillah ‘ala kulli hal, bersyukurlah apa yang kita ada sekarang :)
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan, apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kapada Ilahi. Seorang mukmin adalah tawanan di dunia yang berusaha membebaskan diri (menuju negerinya: akhirat). Dia tidak merasa aman sampai berjumpa dengan Allah....
Untuk menjadi kaya itulah suatu cabaran juga :).
NoR AmIRaH NoRdIN berkata…
Belajarlah untuk bersyukur...
Insya-Allah kita pasti dapat bersifat Qana'ah..(^_^)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan". (Bukhari)

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Cukuplah Allah bagiku