2012: Harapan dan Impian


Rasanya masih belum terlewat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2012'! Semoga tahun baru ini membawa sinar yang lebih ceria dan bahagia untuk kita semua insyaAllah.

Maaflah sebab membiarkan blog ni bersawang dan berhabuk. Ni baru nak vacum balik hehe. Biasalah bila kemalasan selalu datang menghambat walaupun pernah berazam nak update blog ni selalu. Ya Allah lemahnya diri ni nak beristiqamah. InsyaAllah azam lagi untuk rajin update blog. Doakan ya. :)

Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk hidup di tahun yang baru 2012. Banyak harapan dan impian yang perlu dipenuhi sepanjang tahun ini. Antaranya:

  • Dimurahkan rezki
  • Dipermudahkan perancangan Devotees untuk lebih sukses
  • Meningkatkan amal & ilmu untuk membaiki kekurangan & kelemahan diri
  • Membanyakkan berkawan dengan orang2 soleh (termasuk suami2 soleh)
  • Kerjaya lebih baik
  • Dan banyak lagi..mudah-mudahan tercapai dengan izinNya...
Apapun yang diazamkan, langkah pertama mesti dimulakan dengan penuh keyakinan kita mampu lakukannya. Doa, istikharah dan tawakkal sentiasa menjadi iringan. Tetapkan matlamat secara objektif dan usaha dengan strategi supaya impian tidak hanya tinggal menjadi khayalan semata. InsyaAllah we can do it!



mmt: perlukan waktu secukupnya untuk bersedia. :)

Ulasan

nadiRASUL@iman berkata…
hehe start je baca point abg mat terus sy ketawa sampai abes.. :D which are; mudahkan urusan jodoh..dimurahkan rezeki nak kumpul duit untuk... (kawen?) hehehe, banyak kawan ngan org soleh (suami soleh)^^ kelaka la abg mat nih :P

sy doakan segala urusan abg muhammad dipermudahkan oleh Allah SWT! semoga beroleh kejayaan and kebahagiaan dunia akhirat! amin.insyaALLAH :D
Tanpa Nama berkata…
Assalamu'alaikum.. wbt

"Fadzakkir fa innadzikra tanfa'ul mukminin.."

Benar, 'insan' seperti nta kena nikah awal/segera.=) Kerana dunia hiburan dihiasi fitnah dan ujian yg hebat. Apatah lagi kalian yg berada dlm industri naysid yg sememangya sinonim sebagai platform dakwah di lapangan hiburan. Pastinya banyak 'membuka dan menyentuh' hati insan-insan diluar sana.

Bukan niat untuk menghukum, tapi sekurang2nya, dapat menjaga hati dan agama nta serta yang lain khususnya sahabiah2 diluar sana yg baru mengenal 'dunia Islam' dan selalu mengharapkan 'lelaki beragama' seperti nta dan sahabat2 nta untuk menjadi 'imam' mereka. Tidak salah, tapi bnyak mencipta khayalan dan angan terkadang boleh membawa hati kepada hasrat yang melalaikan.

Maaf jika berlebihan, cuma kerana bimbangkan masa depan 'generasi Islam' yang merupakan permata2 agama. =) Barokallahu fikum wa'alaikum. Siiru 'ala barokatiLLAH..

Wallahu'alam.
KhadijahAkhirZaman.

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Cukuplah Allah bagiku