Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri III (Western & Chinese Muslim Food)
Assalamualaikum semua!
Ok kita terus sambung part III. Kali ni tengok pulak kat mana tempat makan best untuk makanan western dan makanan cina muslim di Bandar Baru Bangi. Boleh la jadi pilihan kalau datang ke sini. Tapi kali ni tulis simple2 je ye hehe (malas la tu). Ok straight to the point, let's check it out!
Pilihan untuk makanan western:
Red Card Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB
Pilihan no.1 saya setakat ini untuk western food. Pelbagai pilihan pasta yang confirm tidak mengecewakan. Kalau teringin nak makan spaghetti mesti pegi sini. Steak & grill pun sedap. Suasana cosy dan sesuai untuk seisi keluarga.
Yummy pasta at Red Card Cafe
Austin Steakhouse - No. 55GF, Jln Kajang Impian 2/1, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Pelbagai jenis steak dengan harga yang amat berpatutan. Rasa pun sedap. Yang menarik di sini ialah pilihan jus buah yang fresh, gelas besar dan murah. Dekorasi ala-ala koboi.
Wadihana Islamic Steakhouse - Jln. Medan Pusat Bandar 2D, Seksyen 9, BBB
Selain steak dan menu western yang biasa, kat sini specialnya ada pizza yang memang dibakar sendiri di relau yang dibina khas dalam restoran ni. Kalau nak pizza yang ada kelainan, boleh la cuba.
Little White Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB
Suasana eksklusif dekorasi english style dan rasa macam kat rumah. Sesuai untuk yang nakkan privacy. Variasi menu western dan dessert. Kek kat sini menarik.
Cantik kan?
@grills Restaurant - No 50 Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi
Pelabagai makanan western yang enak. Rasanya specialty kat sini steak yang dimasak just nice dengan sauce yang memang match. Enak sekali! Makanan lain ada pelbagai jenis pasta dan burger yang dihidang dengan cara tersendiri. Ambience dan deco restoran ni pun menarik. Selesa dan sesuai untuk family atau makan besar dengan member2!
@grills Restaurant Bangi
Pilihan Untuk makanan Cina Muslim:
Mohd Chan Abdullah - Jalan Medan Pusat Bandar 2C, Seksyen 9 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim termasuk pelbagai jenis sup, mee, lauk-pauk dan dim sum.
Haji Sharin Low - Jalan Air Hitam, Sg. Merab Luar, Bangi
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim.
Red Wok - Jln Kajang Impian 1/2, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim dan juga steamboat dengan pilihan pelbagai makanan laut.
NJ Zenith Chinese Muslim - Jalan Medan Pusat Bandar 2C, Seksyen 9 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim.
Horizon Garden - No.13A & 15, Jalan 8/35, Seri Bangi, BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim, pakej makanan dan pilihan semuanya dalam
persekitaran seperti di hotel. Boleh la sekali sekala kalau nak makan besar bersama family atau kawan-kawan.
Ok sekian la dulu post pasal makan2 ni ye. Kalau datang BB. Bangi boleh la pilih mana tempat yang berkenan. Selamat menjamu selera.
mmt: sekarang dah jadi coffeeholic. tak tau kenapa ;)
Ulasan
chill :)