Teks Bercerita Kanak-kanak: Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Lagu) Wahai kawan-kawan mari dengar cerita. Kisah dua nabi taat perintah Tuhan. Wahai kawan-kawan tumpukan perhatian. Semoga kita dapat pengajaran. Dengarkan cerita, saya persembahkan, kisah dari al-quran, jadikan ikutan. Kisah ini tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A’laihimassalam. Kawan-kawan, Setiap tahun kita menyambut Hari raya Aidil adha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Tapi, apakah asal-usul sejarah sambutan hari yang mulia ini? Hmm.. Kawan-kawan tahu tak, ia tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihimassalam dalam membuktikan ketaatan kepada Allah. Dari situlah, datangnya ibadah korban binatang ternakan pada hari raya aidil adha yang kita sambut pada bulan Zulhijjah setiap tahun. Ketika umur Nabi Ismail meningkat remaja, bapanya Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anak yang sangat disayanginya. Kisah ini dirakam oleh Allah dalam al-Quran ...