Catatan

Doa Penghilang Kesedihan

Imej
Doa ketika mengalami kesusahan dan kesedihan 😞😔😢 1️⃣ Daripada Asma' binti 'Umays r.a, beliau berkata: Rasulullah ﷺ berkata kepada ku: "Mahukah aku ajarkan kepada kamu kalimah-kalimah yang patut kamu baca tatkala terjadi kesulitan atau ketika menghadapi kesusahan? Iaitu:  اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا . Allah. Allah. Tuhan ku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun." [Sunan Abi Daud, Kitab al-Witr, Bab Fadhail al-Istighfar, no: 1525, Al-Albani menyatakan ia sahih] 2️⃣ Manakala dalam riwayat Al-Imam Ath-Thabrani dari Asma' binti 'Umais. Rasulullah ﷺ bersabda: "Siapa yang terkena kesedihan, keresahan, kesakitan, atau kesusahan (yang berat), maka ucapkanlah: . اللَّهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا . "Allah Rabbku. tiada sekutu bagi-Nya:'  "Maka disingkaplah (dihilangkan) hal tersebut darinya."  [Al-Muljam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani. no. 393)]

Doa Taubat Nabi Adam 'alaihissalam

Imej
Sebagai manusia yang tidak bisa luput dari dosa dan kesalahan, selayaknya kita senantiasa membaca doa ini dengan penuh kesungguhan, mengharap dosa-dosa kita diampuni Allah Ta’ala. Kerana dosa-dosa yang kita lakukan tidak lain adalah kezaliman terhadap diri kita sendiri, yang akan mendatangkan kemurkaan dan azab dari Allah Ta’ala jika Dia tidak mengampuni kita. Semoga Allah memberi kita taufik untuk senantiasa bertaubat dan memohon ampun dan semoga diampuni dosa-dosa kita. Amin.

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Imej
Teks doa yang boleh digunakan untuk majlis-majlis rasmi di Kementerian/Jabatan Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.   Sempena Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air pada hari ini, kami menadah tangan memohon keampunan dan keberkatan daripada-Mu. Kami memohon daripada sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada kami nikmat kestabilan, keamanan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami daripada segala keburukan, musibah yang berat, kesengsaraan dan kemungkaran.  Kami pohonkan juga ya Allah, limpahkan rahmat, taufik dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin kami, barisan penjawat awam dan seluruh rakyat negara yang tercinta ini. Mantapkanlah semangat dan keazaman kami dengan penuh kesabaran dan tawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara, agama dan bangsa, di bawah riayah dan naungan-Mu.  Bukakanlah

Doa Memohon Hidayah, Taqwa & Kecukupan

Imej
DOA RINGKAS PENUH MAKNA عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi ﷺ bahawasanya baginda pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." [HR Muslim No: 2721, Sahih] 1. Rasulullah ﷺ mengajar kita berdoa agar dikurniakan hidayah (petunjukNya), memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina. 2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya. 3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat. 4. J

Setiap Pagi Malaikat Turun Mendoakan Orang Yang Bersedekah

Imej
Abu Hurairah radhiallahu a'nhu melaporkan, Rasulullah ﷺ bersabda: "Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah.’ Dan yang lainnya berkata: ‘Ya Allah, hancurkanlah (harta) orang yang menahan (sedekah).’" [HR Bukhari 1442 & Muslim 1010, Sahih] Istiqamah dengan amalan sedekah agar kita mendapat doa daripada Malaikat setiap hari. Moga Allah berkati rezeki kita.

Zikir selepas solat ikut sunnah Nabi ﷺ

Imej
 

Teks Doa Majlis Perkahwinan (Doa untuk Pengantin)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil 'alamin. Wassolatu wassalam 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallam. Allahummaghfirlana zunuubana wali walidina warhamhum kama rabbouna sighara.. Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah, atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dan ahli keluarga baginda. Ya Allah Ya Ghafur, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, serta seluruh muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi meninggalkan kami. Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami berhimpun di majlis yang indah ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu, bersempena dengan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai yang diraikan, Fatimah binti Muhammad dan pasangannya Ali bin Abdullah yang telah selamat disatukan dengan ikatan pernikahan yang mulia. Barakallah lahuma wabaraka 'alaihuma, wa jama'a bainahuma fi khayr.. Ya Allah ku