Teks Doa Majlis Perkahwinan (Doa untuk Pengantin)



Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillahirabbil 'alamin. Wassolatu wassalam 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.

Allahummaghfirlana zunuubana wali walidina warhamhum kama rabbouna sighara..

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah, atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dan ahli keluarga baginda.

Ya Allah Ya Ghafur, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, serta seluruh muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi meninggalkan kami.

Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami berhimpun di majlis yang indah ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu, bersempena dengan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai yang diraikan, Fatimah binti Muhammad dan pasangannya Ali bin Abdullah yang telah selamat disatukan dengan ikatan pernikahan yang mulia.


Barakallah lahuma wabaraka 'alaihuma, wa jama'a bainahuma fi khayr..

Ya Allah kurniakan keberkatan kepada kedua mereka dan juga kebahagiaan ke atas mereka. Serta kumpulkanlah mereka berdua dalam kebaikan.


Ya Rahman Ya Rahim..
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat dariMu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini, rumahtangga yang bahagia, kehidupan yang sihat sejahtera serta diserikan dengan kurniaan zuriat yang soleh solehah.


Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang, sikap hormat menghormati dan ikhlas berbakti antara mereka, sentiasa dihiasi akhlak mulia dan budi bahasa, serta malar dinaungi bimbingan dan taufik petunjuk-Mu ya Allah. Semoga ikatan suci yang termeterai ini berkekalan hingga ke jannahMu yang abadi.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Robbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yuniwwa jaalna lilmiuttaqina imama)

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata kami dan jadikanlah kami imam (yakni pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.


Ya Zaljalali wal ikram, 
Kami juga memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

(Allahummaj al jam'aana hazaa jam'am marhumaa. Watafarruqana min ba'dihi tafarruqam ma'suma)

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah, wa qina 'azaabannar.)

Wasallallahu 'ala Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.
Walhamdulillahi rabbil 'aalamin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teks Doa Majlis Perhimpunan Bulanan

Teks Doa Majlis Amanat YB Menteri

Cukuplah Allah bagiku