Hujung minggu baru-baru ni, Devotees diundang untuk menjayakan Gempak Desa Astro (GDA) di Kuala Kedah. Ini adalah kali kedua kami diundang untuk GDA selepas kali pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah dah lama tak pi Kedah, la ni dapat rezki pi sana, baguih jugak na..hehe. Kami bertolak dari Astro Bukit Jalil menaiki Kia Carnival siap dengan drebar yang disediakan oleh pihak penganjur kira-kira jam 10 pagi. Sebanyak 4 buah kereta kesemuanya berkonvoi menuju ke arah utara tanah air. Antara artis yang turut sama ke GDA kali ini ialah Zahid, Qhoud AF (betul ke?) , Lotter AF dan Akbar. Memandangkan perjalanan masih jauh dan ramai yang masih belum mengisi perut, so kami singgah sebentar menjamu selera di Hentian Jejantas Sungai Buloh. Setelah semuanya kenyang, kami meneruskan perjalanan menyusuri lebuhraya PLUS yang agak sesak dengan kenderaan. Maklumlah kebetulan cuti hari pekerja. So ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung. Dalam perjalanan, tak banyak benda yang b...