InsyaAllah, saya akan sama-sama terlibat dengan Kem Smart Quran yang akan diadakan pada 7-12 Jun 2009 bertempat di Kolej Zaaba UKM. Program ini khas untuk adik-adik sekolah rendah dan sekolah menengah. Klik poster untuk besarkan.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahiim, Segala pujian untuk-Mu Ya Allah, sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Alam Sekitar dan Air pada hari ini, kami menadah tangan memohon rahmat, keampunan dan keberkatan serta petunjuk-Mu. Bimbinglah kami agar sentiasa berada di jalan yang lurus dalam naungan taufik dan hidayahMu. Perbaikilah setiap urusan kami. Hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan. Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan, kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dan keberkatan untuk negara kami yang dikasihi, pemimpin-pemimpin yang ikhlas berbakti, serta seluruh rakyat di serata negeri. Ya Allah, berilah kami keikhlasan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah yang telah diberi kepada kami. Jadikanlah kami insan-insan yang sentiasa menghulurkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi dan efektif, agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi kami dan perkhidmatan awam secara umumnya, demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Ya Allah, tanamk...
Doa ketika mengalami kesusahan dan kesedihan 😞😔😢 1️⃣ Daripada Asma' binti 'Umays r.a, beliau berkata: Rasulullah ï·º berkata kepada ku: "Mahukah aku ajarkan kepada kamu kalimah-kalimah yang patut kamu baca tatkala terjadi kesulitan atau ketika menghadapi kesusahan? Iaitu: اللَّÙ‡ُ اللَّÙ‡ُ رَبِّÙŠ لاَ Ø£ُØ´ْرِÙƒُ بِÙ‡ِ Ø´َÙŠْئًا . Allah. Allah. Tuhan ku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun." [Sunan Abi Daud, Kitab al-Witr, Bab Fadhail al-Istighfar, no: 1525, Al-Albani menyatakan ia sahih] 2️⃣ Manakala dalam riwayat Al-Imam Ath-Thabrani dari Asma' binti 'Umais. Rasulullah ï·º bersabda: "Siapa yang terkena kesedihan, keresahan, kesakitan, atau kesusahan (yang berat), maka ucapkanlah: . اللَّÙ‡ُ رَبِّÙŠ لاَ Ø£ُØ´ْرِÙƒُ بِÙ‡ِ Ø´َÙŠْئًا . "Allah Rabbku. tiada sekutu bagi-Nya:' "Maka disingkaplah (dihilangkan) hal tersebut darinya." [Al-Muljam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani. no. 393)]
Ulasan